Isu keterancaman keselamatan perairan Mersing dan pulau-pulau di sekitarnya

Kawasan perairan Mersing termasuk pulau-pulau di sekitarnya telah digazetkan sebagai Taman Laut pada tahun 1985 disebabkan oleh kerajaan ingin memelihara khazanah marin dan juga artifak bernilai yang terdapat di dasar laut. Sebagai kawasan terpelihara, namun Taman Laut sering menghadapi keterancam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azima Abdul Manaf,, Suhana Saad,, Mohd Yusof Hussain,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5600/1/6.geografia-sept%25202012--Azimah-si-ppspp-ed%2520kat2.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5600/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kawasan perairan Mersing termasuk pulau-pulau di sekitarnya telah digazetkan sebagai Taman Laut pada tahun 1985 disebabkan oleh kerajaan ingin memelihara khazanah marin dan juga artifak bernilai yang terdapat di dasar laut. Sebagai kawasan terpelihara, namun Taman Laut sering menghadapi keterancaman disebabkan oleh tindakan manusia sendiri. Makalah ini bertujuan meneliti isu keterancaman keselamatan Taman Laut Mersing dan membincangkan usaha mengekalkan keselamatan serta pemuliharaan Taman Laut ini. Kaedah pengutipan data adalah melalui maklumat sekunder daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Jabatan Marin, Jabatan Taman Laut Johor, Jabatan Perikanan dan Polis Marin, akhbar serta data primer melalui temu bual bersemuka. Kajian ini mendapati, pulau-pulau di sekitar Mersing sedang menghadapi isu yang dikaitkan dengan ancaman lanun, pencerobohan nelayan asing, pelanggaran syarat menangkap ikan dan juga kecurian artifak bernilai di dasar laut. Makalah ini juga turut membincangkan beberapa implikasi ancaman tersebut dan mengemukakan beberapa cadangan yang perlu ke arah melindungi keselamatan perairan Mersing ini.