Pemerkasaan wanita desa: kajian ke atas Kumpulan Ekonomi Wanita (KEW), Kuala Teriang, Langkawi, Kedah

Wanita hari ini bukan sahaja merupakan seorang isteri, ibu ataupun anak, tetapi juga pekerja bagi menjana pendapatan. Peranan wanita dilihat semakin meluas dan mencakupi pelbagai bidang. Jika dahulu, wanita lebih dilihat berperanan dalam hal ehwal rumah tangga seperti menguruskan rumah, melahirkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nur Hafizah Yusoff,, Rahimah Abdul Aziz,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5596/1/2.geografia-sept%25202012-NUR%2520HAFIZAH%2520YUSOFF-si-ppspp-2-ed%2520kat2.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5596/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wanita hari ini bukan sahaja merupakan seorang isteri, ibu ataupun anak, tetapi juga pekerja bagi menjana pendapatan. Peranan wanita dilihat semakin meluas dan mencakupi pelbagai bidang. Jika dahulu, wanita lebih dilihat berperanan dalam hal ehwal rumah tangga seperti menguruskan rumah, melahirkan dan membesarkan anakanak, kini, peranan wanita semakin kompleks. Wanita kini bukan sahaja mampu menjana ekonomi keluarga bahkan negara amnya. Di Malaysia, pembangunan negara yang pesat menyebabkan kos sara hidup keluarga juga meningkat. Harga barangan yang kian meningkat menyebabkan ekonomi keluarga perlu lebih utuh. Oleh yang demikian, jika wanita yang dahulunya adalah hanya suri rumah, kini mereka merasa bertanggungjawab untuk membantu suami menjana pendapatan sampingan demi kesejahteraan keluarga mereka. Artikel ini membincangkan peranan wanita yakni isteri dan ibu dalam membantu suami menambah pendapatan keluarga melalui penglibatan mereka dalam Kumpulan Ekonomi Wanita (KEW). Kajian dilakukan pada tahun 2009 dengan menggunakan kaedah survei dan temu bual mendalam bagi memperoleh data dan maklumat. Hasil kajian menunjukkan bahawa, anggota KEW sememangnya mampu membantu menjana ekonomi keluarga bahkan mereka turut dapat memperkasakan diri mereka melalui pengalaman kerja dan latihan yang diterima.