Penggunaan modul multimedia interaktif dengan agen pedagogi dalam pembelajaran elektrokimia: kesan terhadap pemahaman konsep dalam elektrokimia(Application of interactive multimedia module with pedagogical agent in the learning of electrochemistry: effects on conceptual understanding in electrochemistry)

Tajuk Elektrokimia didapati sukar dipelajari kerana konsep abstrak yang melibatkan tahap perwakilan makroskopik, mikroskopik dan simbolik. Kajian lepas menunjukkan bahawa animasi dan simulasi menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) boleh membantu pelajar membayangkan dan seterusnya mempe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Lee, Tien Tien, Kamisah Osman,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5537/1/17%2520Tien%2520Tien%2520Lee.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5537/
http://www.ukm.my/jsm/contents.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tajuk Elektrokimia didapati sukar dipelajari kerana konsep abstrak yang melibatkan tahap perwakilan makroskopik, mikroskopik dan simbolik. Kajian lepas menunjukkan bahawa animasi dan simulasi menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) boleh membantu pelajar membayangkan dan seterusnya memperkuatkan pemahaman mereka dalam mempelajari tajuk kimia yang abstrak. Ekoran daripada itu, modul multimedia interaktif dengan agen pedagogi (MMIAP) yang dinamakan Makmal EK (Elektrokimia) dibangunkan dalam usaha membantu pelajar dalam mempelajari Elektrokimia. Reka bentuk penyiasatan kuasi eksperimen dengan ujian pra/pos kumpulan kawalan tidak setara dijalankan dalam usaha untuk menilai keberkesanan MMIAP Makmal EK terhadap pemahaman konsep pelajar dalam mempelajari elektrokimia. Seramai 127 orang pelajar tingkatan empat dari dua buah sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Setiap sekolah mempunyai sebuah kumpulan rawatan dan sebuah kumpulan kawalan yang diajar oleh guru kimia yang sama. Ujian pencapaian pra dan pos diberikan untuk menilai pemahaman konsep Elektrokimia pelajar sebelum dan selepas mempelajari kimia. Hasil kajian menunjukkan bahawa intervensi seperti yang direkabentuk dalam kajian menghasilkan perbezaan yang bererti antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam memahami konsep Elekotrokimia.