Analisis pola pengundian etnik Cina dalam Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor (An analysis of the Chinese voting pattern in the by-election of Tenang constituency Legislative Assembly (DUN), Johor)

Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor 2011 diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, iaitu Datuk Sulaiman Taha. DUN Tenang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Labis (terletak dalam daerah Segamat, utara negeri Johor) merupakan kawasan k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Junaidi Awang Besar,, Mohd Fuad Mat Jali,, Mohd Faidz Mohd Zain,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5513/1/4_geografia-ogos%25202012-usm-junaidi-ed%2520kat2.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5513/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor 2011 diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, iaitu Datuk Sulaiman Taha. DUN Tenang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Labis (terletak dalam daerah Segamat, utara negeri Johor) merupakan kawasan kubu kuat UMNO/BN. Kawasan ini meliputi kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), kampung tradisi Melayu, estet kelapa sawit dan pekan yang didiami etnik Cina. Dalam pilihan raya kecil ini, sokongan etnik Cina menjadi penentu dan akan mempengaruhi naik-turun undi popular BN. Sehubungan dengan itu, tujuan artikel ini untuk menganalisis trend pengundian etnik Cina dalam PRK DUN Tenang. Persoalan yang cuba dilihat ialah faktor-faktor yang mempengaruhi pola pengundian mereka dalam pilihan raya tersebut. Analisis daa berdasarkan pemerhatian dan temu bual di lapangan menunjukkan kawasan yang majoritinya pengundi etnik Cina memihak kepada parti pembangkang/PAS namun kawasan majoriti Melayu terus didominasi UMNO/BN. Sokongan pengundi kaum Cina kepada parti pembangkang/ Pakatan Rakyat adalah kerana mereka percaya bahawa Pakatan Rakyat dapat menjadi kerajaan alternatif di peringkat negeri dan pusat bagi memperjuangkan hak mereka, memberikan keadilan sosial, ekonomi dan politik yang menyeluruh tanpa mementingkan sesuatu kaum sahaja. Pengundi Cina juga berani untuk mengubah sokongan mereka dengan memberi peluang kepada parti pembangkang untuk berkuasa sama ada di peringkat negeri mahupun pusat. Hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada pihak berkenaan untuk menentukan faktor yang mempengaruhi pola pengundian etnik Cina dan ini boleh asas bagi merangka strategi dalam pilihan raya umum yang akan datang.