Implikasi sosioekonomi pembangunan pelancongan penyelaman skuba terhadap komuniti pulau di Malaysia: Satu tinjauan awal (Socioeconomic implications of scuba diving tourism development on the island community of Malaysia: A preliminary observation)
Makalah ini bertujuan membincangkan pembangunan pelancongan penyelaman skuba di beberapa pulau di Malaysia serta implikasinya terhadap sosioekonomi komuniti pulau berkenaan. Pelancongan penyelaman skuba ialah satu bentuk pelancongan khusus yang menawarkan aktiviti penyelaman skuba sebagai produk u...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5512/1/3.geografia-ogos%25202012-usm-jabil-ed%2520kat2.pdf http://journalarticle.ukm.my/5512/ http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php? |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Makalah ini bertujuan membincangkan pembangunan pelancongan penyelaman skuba di beberapa pulau di
Malaysia serta implikasinya terhadap sosioekonomi komuniti pulau berkenaan. Pelancongan penyelaman skuba
ialah satu bentuk pelancongan khusus yang menawarkan aktiviti penyelaman skuba sebagai produk utama percutian
di pulau. Terdapat beberapa ciri khusus yang menjadikan sesebuah destinasi pelancongan penyelaman skuba itu
terkenal di peringkat global. Antaranya persekitaran marin yang sihat, informasi yang lengkap dan tepat di
sepanjang keseluruhan perjalanan pelancongan berkenaan, wujudnya pelbagai lokasi penyelaman seperti tinggalan
kapal karam, jurang yang dalam dan terumbu karang, jarak penglihatan yang baik dan kaya dengan pelbagai spesies
hidupan marin. Kajian yang dijalankan secara literatur ini adalah berasaskan pengalaman di beberapa pulau
termasuk Pulau Sipadan, Pulau Mabul, Pulau Layang-Layang, Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Payar.
Hasil kajian menunjukkan bahawa pelancongan penyelaman skuba ini telah memberi implikasi sosioekonomi yang
besar kepada komuniti tempatan. Ini dapat dilihat berdasarkan penyertaan komuniti tempatan dalam aktiviti tersebut.
Bagaimanapun, wujud impak negatif dalam bentuk manipulasi pasaran oleh pihak ketiga selain peningkatan
pemilikan tanah oleh orang luar dan perubahan guna tanah pertanian di pulau berkenaan. |
---|