Tumbuhan dalam upacara perbomohan: kes Main Teri di Kelantan (Plants in the healing ritual ceremony: The case of Main Teri in Kelantan)

Makalah ini mempunyai dua tujuan, iaitu mengenal pasti jenis, cara dan bahagian tumbuhan yang digunakan dalam upacara perbomohan Main Teri dan menganalisis alasan tumbuhan tersebut digunakan. Penghujahan di sini ialah kepercayaan magis mendasari kegunaan tumbuhan dalam upacara Main Teri. Perbincan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aishah@Eshah Mohamed,, Abd Aziz Haji Bidin,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5503/1/6a.geografia-jul%25202012-aishah-ukm-melayu-ed%2520kat-1.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5503/
http://www.ukm.my/geografia/v2/index.php?
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini mempunyai dua tujuan, iaitu mengenal pasti jenis, cara dan bahagian tumbuhan yang digunakan dalam upacara perbomohan Main Teri dan menganalisis alasan tumbuhan tersebut digunakan. Penghujahan di sini ialah kepercayaan magis mendasari kegunaan tumbuhan dalam upacara Main Teri. Perbincangan ini diasaskan kepada data daripada kajian yang dilakukan di Kelantan sejak tahun 1989 hingga ke tahun 2009 dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual mendalam. Didapati tumbuhan yang banyak digunakan semasa upacara Main Teri ialah padi (Oryza sativa Linn.), sirih (Piper betle Linn.), pinang (Areca catechu Linn.), kunyit (Curcuma domestica Valeton), kemenyan (Styrax benzoin Dryander), bunga cempaka (Michelia champaca Linn.), bunga kenanga (Canangium odoratum Baill.), bunga tanjung (Mimusops elengi Linn.) bunga melor (Jasminum sambac Ait.) dan kelapa(Cocos nucifera Linn.). Tumbuhan ini digunakan untuk tujuan mengenal pasti penyakit, mengetahui kemampuan bomoh mengubati dan mengeluarkan penyakit daripada tubuh pesakit dan sebagai bahan persembahan kepada makhluk ghaib.