Hisbah pembelajaran kendiri dalam pendidikan Islam

Hisbah pembelajaran kendiri adalah suatu sistem pengawasan yang melibatkan proses pengawasan dalaman dalam memastikan al-amr bi al-ma’ruf wa al-nahy an-al-munkar (menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemunkaran) dilaksanakan dalam Pendidikan Islam. Proses ini penting dalam membina kesedaran berakhl...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mardzelah Makhsin,, Ab. Halim Tamuri,, Mohd. Aderi Che Noh,, Mohamad Fadhli Ilias,
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Education, UKM, Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5394/1/41.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5394/
http://www.ukm.my/jiae/Default.aspx
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hisbah pembelajaran kendiri adalah suatu sistem pengawasan yang melibatkan proses pengawasan dalaman dalam memastikan al-amr bi al-ma’ruf wa al-nahy an-al-munkar (menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemunkaran) dilaksanakan dalam Pendidikan Islam. Proses ini penting dalam membina kesedaran berakhlak dalam kalangan murid terutama yang sering berhadapan dengan krisis identiti diri dan mudah terjerumus ke dalam gejala-gejala sosial yang tidak sihat. Bagi mengatasi masalah ini, hisbah pembelajaran kendiri dalam Pendidikan Islam perlu ditekankan bagi merealisasikan pembinaan akhlak yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Hisbah pembelajaran kendiri dalam Pendidikan Islam ditinjau melalui enam proses kawalan muhasabat al-nafs. Proses kawalan muhasabat al-nafs adalah suatu usaha dalam menyedarkan akhlak melalui penghayatan keagamaan dan kerohanian yang mantap dan selari dengan fitrah dan kehendak Islam. Enam proses kawalan muhasabat al-nafs diadaptasikan sebagai hisbah pembelajaran kendiri yang melibatkan amalan musyaratah, muraqabah, muhasabah, mucaqabah, mujahadah dan mucatabah. Kajian ini dijalankan untuk melihat kesahan muka bagi mengukur amalan musyaratah dalam kalangan murid tingkatan empat