وظائف الدولة الإسلامية = Fungsi negara Islam

Negara Islam sentiasa menjadi fokus kepada analisis politik, bahkan sesetengah pihak melihatnya sebagai inti pati kajian sains politik. Oleh sebab itu, mana-mana kajian berkenaan dengan negara pasti akan menyentuh fungsi-fungsi sesebuah negara, kerana negara sepanjang sejarah dan melalui pelbagai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Amir Husin Mohd Nor,, Abd Wadud Mustafa,, Hayatullah Laluddin,, Ahmad Mohd Hosni,, Ibnor Azli Ibrahim,, Mohd Al-Adib Samuri,, Anuar Fahri Omar,, Muhammad Nazir Alias,
Format: Article
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5335/1/makalah-v4n1-n8.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5335/
http://www.ukm.my/jhadhari
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Negara Islam sentiasa menjadi fokus kepada analisis politik, bahkan sesetengah pihak melihatnya sebagai inti pati kajian sains politik. Oleh sebab itu, mana-mana kajian berkenaan dengan negara pasti akan menyentuh fungsi-fungsi sesebuah negara, kerana negara sepanjang sejarah dan melalui pelbagai modelnya, sentiasa berusaha untuk merealisasikan fungsi-fungsi tertentu. Tanpa memandang kepada kandungannya, fungsifungsi ini ditetapkan oleh pegangan (akidah) dan ideologi politik tertentu. Oleh itu, kita dapati banyak terdapat perbezaan dan kelainan fungsi-fungsi tersebut pada sebuah negara berbanding dengan negara yang lain, berdasarkan perbezaan pegangan dan ideologi yang dianuti. Boleh dikatakan bahawa terdapat pegangan umum bersama yang menentukan kandungan dan dimensi fungsi-fungsi tersebut serta menetapkan pergerakannya sama ada hubungan dalam atau luar negara. Negara juga menjadi alat atau sarana bagi sesuatu perkumpulan untuk merealisasikan akidahnya atau ideologi politiknya dan itulah yang menjadi asas kepada keabsahan (legitimasi) sesebuah negara dan faktor kewujudannya. Tulisan ini menyentuh tentang fungsi-fungsi negara Islam sebagaimana ditanggapi oleh para ulama dahulu dan pemikir semasa.