Perspektif badan bukan kerajaan Islam terhadap dasar penerapan nilai Islam dan pendekatan Islam hadhari

Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dan Pendekatan Islam Hadhari merupakan agenda kerajaan yang dicetuskan bagi meningkatkan pemahaman dan penghayatan umat Islam di Malaysia khasnya di kalangan masyarakat Melayu. Meskipun kedua agenda itu terhasil dari idea kerajaan, namun dari segi kesan dan hasi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Amin Fadlillah,, Mohd. Redzuan Othman,
Format: Article
Language:English
Published: Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5330/1/makalah-v4n1-n3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5330/
http://www.ukm.my/jhadhari
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dan Pendekatan Islam Hadhari merupakan agenda kerajaan yang dicetuskan bagi meningkatkan pemahaman dan penghayatan umat Islam di Malaysia khasnya di kalangan masyarakat Melayu. Meskipun kedua agenda itu terhasil dari idea kerajaan, namun dari segi kesan dan hasil program berkenaan menyerlahkan dimensi yang berlainan. Hal ini dapat dilihat dari kaji selidik terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, bagi mengetahui persepsi dan pandangan mereka terhadap kedua agenda berkenaan. Secara keseluruhan, wujud beberapa perbezaan jawaban dalam menilai Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Pendekatan Islam Hadhari di kalangan mereka. Dalam memberikan pandangan terhadap pelaksanaan penerapan nilainilai Islam, golongan NGO cenderung menunjukkan respon positif terutama yang berkaitan dengan agenda mempertingkatkan kefahaman Islam, menyemai nilainilai Islam yang murni dalam masyarakat berbilang kaum dan menggalakkan pendidikan Islam. Sebaliknya, kalangan NGO ini memberikan respons yang negatif terhadap pelaksanaan Islam Hadhari disebabkan pemerintah tidak menunjukkan penghayatan Islam dan contoh yang baik. Selain itu, pelaksanaan Islam Hadhari dianggap lemah kerana tiada gagasan yang konkrit.