Kajian migrasi bahan larut resap di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Sedu, Telok Datuk dengan kaedah geofizik dan geokimia

Pemantauan air dan tanah tercemar di sekitar tapak pelupusan sampah selalunya dilakukan dengan analisis kimia air permukaan, bahan larut resap dan tanah serta pengukuran geofizik. Air larut resap merupakan cecair yang berasal daripada hasil larutan air hujan terhadap sisa-sisa buangan di tapak pelup...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jeeva, Mark, Umar Hamzah,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5295/1/04%2520Mark%2520Jeeva.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5295/
http://www.ukm.my/jsm/contents.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-ukm.journal.5295
record_format eprints
spelling my-ukm.journal.52952016-12-14T06:38:01Z http://journalarticle.ukm.my/5295/ Kajian migrasi bahan larut resap di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Sedu, Telok Datuk dengan kaedah geofizik dan geokimia Jeeva, Mark Umar Hamzah, Pemantauan air dan tanah tercemar di sekitar tapak pelupusan sampah selalunya dilakukan dengan analisis kimia air permukaan, bahan larut resap dan tanah serta pengukuran geofizik. Air larut resap merupakan cecair yang berasal daripada hasil larutan air hujan terhadap sisa-sisa buangan di tapak pelupusan, yang terkumpul dan meresap masuk ke dalam liang-liang tanah. Satu kajian untuk mengesan pergerakan cecair larut resap telah dilakukan di tapak pelupusan sampah Sungai Sedu yang terletak atas tanah seluas 10 ekar berhampiran pekan Banting. Geologi kawasan kajian dibahagikan kepada formasi Beruas dan Gula iaitu aluvium berusia Kuaterner terdiri daripada lempung samudera yang terendap di atas batuan dasar metasedimen Formasi Bukit Kenny. Survei geofizik dengan teknik pengimejan keberintangan geoelektrik 2D, keberintangan profil menegak (VRP) dan analisis geokimia terhadap sampel tanah dan air telah dijalankan untuk mengetahui tahap migrasi bahan larut resap di sekitar tapak pelupusan tersebut. Tahap migrasi bahan pencemaran akan dikaji melalui hasil analisis seperti nilai model keberintangan elektrik dan kepekatan logam berat berbanding dengan nilai latar belakang. Dalam kajian ini, survei pengimejan elektrik 2D telah dilakukan di sepanjang 8 garis rentasan dan pengukuran VRP telah dilakukan di dalam 6 lubang gerudi. Analisis geokimia untuk mengetahui kepekatan unsur-unsur tertentu telah dilakukan ke atas 33 sampel tanah dan 7 sampel air. Keratan rentas keberintangan menunjukkan bahawa bahan larut resap telah meresap sehingga kedalaman 3-5 m berdasarkan nilai keberintangan elektrik yang rendah secara relatif iaitu kurang daripada 1 ohm m. Kepekatan unsur-unsur yang disukat pula menunjukkan bahan larut resap telah bergerak ke arah sungai yang terletak di sebelah kawasan kajian. Kepekatan logam berat dalam sampel-sampel air sungai dan tanah adalah tinggi dan melebihi nilai latar belakang terutama bagi unsur Ni, Mn, Cr, Zn dan As. Konduktiviti elektrik sampel tanah tebing sungai, air sungai dan air larut resap yang diukur di lapangan adalah masing-masing 6600 μS/cm, dan 20000-50000 μS/cm manakala julat pH bagi semua sampel tersebut adalah di antara 3-5. Nilai konduktiviti dan kepekatan logam berat yang tinggi membuktikan bahawa bahan larut resap telah bergerak dari tapak pelupusan untuk mencemari air sungai, air tanah dan tanah di kawasan sekitar. Universiti Kebangsaan Malaysia 2012-07 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/5295/1/04%2520Mark%2520Jeeva.pdf Jeeva, Mark and Umar Hamzah, (2012) Kajian migrasi bahan larut resap di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Sedu, Telok Datuk dengan kaedah geofizik dan geokimia. Sains Malaysiana, 41 (7). pp. 829-840. ISSN 0126-6039 http://www.ukm.my/jsm/contents.html
institution Universiti Kebangsaan Malaysia
building Perpustakaan Tun Sri Lanang Library
collection Institutional Repository
continent Asia
country Malaysia
content_provider Universiti Kebangsaan Malaysia
content_source UKM Journal Article Repository
url_provider http://journalarticle.ukm.my/
language English
description Pemantauan air dan tanah tercemar di sekitar tapak pelupusan sampah selalunya dilakukan dengan analisis kimia air permukaan, bahan larut resap dan tanah serta pengukuran geofizik. Air larut resap merupakan cecair yang berasal daripada hasil larutan air hujan terhadap sisa-sisa buangan di tapak pelupusan, yang terkumpul dan meresap masuk ke dalam liang-liang tanah. Satu kajian untuk mengesan pergerakan cecair larut resap telah dilakukan di tapak pelupusan sampah Sungai Sedu yang terletak atas tanah seluas 10 ekar berhampiran pekan Banting. Geologi kawasan kajian dibahagikan kepada formasi Beruas dan Gula iaitu aluvium berusia Kuaterner terdiri daripada lempung samudera yang terendap di atas batuan dasar metasedimen Formasi Bukit Kenny. Survei geofizik dengan teknik pengimejan keberintangan geoelektrik 2D, keberintangan profil menegak (VRP) dan analisis geokimia terhadap sampel tanah dan air telah dijalankan untuk mengetahui tahap migrasi bahan larut resap di sekitar tapak pelupusan tersebut. Tahap migrasi bahan pencemaran akan dikaji melalui hasil analisis seperti nilai model keberintangan elektrik dan kepekatan logam berat berbanding dengan nilai latar belakang. Dalam kajian ini, survei pengimejan elektrik 2D telah dilakukan di sepanjang 8 garis rentasan dan pengukuran VRP telah dilakukan di dalam 6 lubang gerudi. Analisis geokimia untuk mengetahui kepekatan unsur-unsur tertentu telah dilakukan ke atas 33 sampel tanah dan 7 sampel air. Keratan rentas keberintangan menunjukkan bahawa bahan larut resap telah meresap sehingga kedalaman 3-5 m berdasarkan nilai keberintangan elektrik yang rendah secara relatif iaitu kurang daripada 1 ohm m. Kepekatan unsur-unsur yang disukat pula menunjukkan bahan larut resap telah bergerak ke arah sungai yang terletak di sebelah kawasan kajian. Kepekatan logam berat dalam sampel-sampel air sungai dan tanah adalah tinggi dan melebihi nilai latar belakang terutama bagi unsur Ni, Mn, Cr, Zn dan As. Konduktiviti elektrik sampel tanah tebing sungai, air sungai dan air larut resap yang diukur di lapangan adalah masing-masing 6600 μS/cm, dan 20000-50000 μS/cm manakala julat pH bagi semua sampel tersebut adalah di antara 3-5. Nilai konduktiviti dan kepekatan logam berat yang tinggi membuktikan bahawa bahan larut resap telah bergerak dari tapak pelupusan untuk mencemari air sungai, air tanah dan tanah di kawasan sekitar.
format Article
author Jeeva, Mark
Umar Hamzah,
spellingShingle Jeeva, Mark
Umar Hamzah,
Kajian migrasi bahan larut resap di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Sedu, Telok Datuk dengan kaedah geofizik dan geokimia
author_facet Jeeva, Mark
Umar Hamzah,
author_sort Jeeva, Mark
title Kajian migrasi bahan larut resap di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Sedu, Telok Datuk dengan kaedah geofizik dan geokimia
title_short Kajian migrasi bahan larut resap di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Sedu, Telok Datuk dengan kaedah geofizik dan geokimia
title_full Kajian migrasi bahan larut resap di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Sedu, Telok Datuk dengan kaedah geofizik dan geokimia
title_fullStr Kajian migrasi bahan larut resap di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Sedu, Telok Datuk dengan kaedah geofizik dan geokimia
title_full_unstemmed Kajian migrasi bahan larut resap di Tapak Pelupusan Sampah Sungai Sedu, Telok Datuk dengan kaedah geofizik dan geokimia
title_sort kajian migrasi bahan larut resap di tapak pelupusan sampah sungai sedu, telok datuk dengan kaedah geofizik dan geokimia
publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
publishDate 2012
url http://journalarticle.ukm.my/5295/1/04%2520Mark%2520Jeeva.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5295/
http://www.ukm.my/jsm/contents.html
_version_ 1643736361387163648
score 13.214268