Motivasi diri dan dorongan ibu bapa terhadap minat akademik belia

Pencapaian akademik merupakan wadah untuk mengubah kehidupan belia di kawasan berisiko tinggi. Pencapaian akademik yang baik ini boleh dicapai sekiranya belia mempunyai motivasi diri dan mendapat sokongan ibu bapa dalam aspek pembelajaran. Artikel ini bertujuan untuk mengukur faktor motivasi diri da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sheau g, Tsuey Chon, Juliana Rosmidah Jaafar,, Samsudin A. Rahim,, Nurhana Zainal,, Subhi, N, Nor Ba’yah Abdur Kadir,
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5021/1/sheau012.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5021/
http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pencapaian akademik merupakan wadah untuk mengubah kehidupan belia di kawasan berisiko tinggi. Pencapaian akademik yang baik ini boleh dicapai sekiranya belia mempunyai motivasi diri dan mendapat sokongan ibu bapa dalam aspek pembelajaran. Artikel ini bertujuan untuk mengukur faktor motivasi diri dan dorongan ibu bapa terhadap minat akademik belia di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Kajian kuantitatif ini menggunakan data yang dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 744 orang belia berusia antara 12 hingga 25 tahun terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa motivasi diri dan dorongan ibu bapa mempunyai perkaitan positif dengan minat terhadap akademik pelajar. Artikel ini mendapati bahawa motivasi diri adalah faktor utama diikuti dengan sokongan ibu bapa yang juga memberi kesan positif kepada minat terhadap akademik pelajar. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa untuk kejayaan dalam bidang akademik dalam kalangan belia berisiko tinggi perlu mempunyai kesedaran tentang kepentingan faktor dalaman diri, di samping mendapat bimbingan dan galakan daripada ibu bapa. Bagi kajian selanjutnya, pengkaji yang lain boleh meneliti persekitaran kejiranan yang positif dan perkaitannya dengan kejayaan belia dalam kehidupan