Faktor kritikal kejayaan usahawan dalam perniagaan

Dalam artikel ini, kami menganalisis tiga perkara berkaitan keusahawanan iaitu faktor yang mempengaruhi penglibatan usahawan dalam perniagaan, tahap keuntungan yang diperoleh dan faktor kritikal bagi kejayaan usahawan dalam perniagaan diceburi. Seramai 70 usahawan terlibat dalam kajian ini. Penganal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Azmi Abdul Manaf,, Nik Hairi Omar,, Lee, Kuan Yee
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5020/1/azmi012.pdf
http://journalarticle.ukm.my/5020/
http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam artikel ini, kami menganalisis tiga perkara berkaitan keusahawanan iaitu faktor yang mempengaruhi penglibatan usahawan dalam perniagaan, tahap keuntungan yang diperoleh dan faktor kritikal bagi kejayaan usahawan dalam perniagaan diceburi. Seramai 70 usahawan terlibat dalam kajian ini. Penganalisisan data menunjukkan faktor utama mempengaruhi penglibatan usahawan dalam perniagaan ialah keinginan mencapai kebebasan dan kepuasan, disusuli pelbagai faktor lain seperti membantu menyara keluarga, ingin kaya, cita-cita, ingin berdikari dan tidak suka bekerja makan gaji. Majoriti usahawan yang dikaji dapat digolongkan sebagai usahawan berjaya berdasarkan keuntungan perniagaan dan keupayaan usahawan mengecap keuntungan perniagaan selama lebih dari tiga tahun. Analisis pangkatan menunjukkan kejayaan keusahawanan lebih disumbangkan oleh faktor usia semasa memulakan perniagaan, cara pengurusan rekod dan kawalan kewangan, kemahiran perancangan, kemahiran pemasaran dan tahap pendidikan usahawan itu sendiri. Walau bagaimanapun, korelasi Pearson sehala antara faktor kejayaan dengan tahap purata keuntungan dan purata keuntungan industri mendapati hanya empat faktor dapat dianggap sebagai faktor kritikal atau signifikan kepada kejayaan iaitu pengalaman pengurusan (r=0.312, k<0.05), pengalaman industri (r=0.308, k<0.05), keadaan ekonomi (r=0.265, k<0.05) dan kemahiran perancangan (r=0.251, k<0.05). Kajian menyarankan keempat-empat faktor ini diberi penekanan oleh agensi yang melatih usahawan bagi memastikan bilangan usahawan berjaya dapat ditingkatkan.