Penguasaan pengetahuan pedagogi kandungan guru bahasa Iban
Keberkesanan dan kepakaran seseorang guru bahasa Iban dapat dinilai melalui teknik pengajarannya. Kajian ini dijalankan berdasarkan konsep pengetahuan guru yang diperkenalkan oleh Shulman (1986), iaitu Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK). Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka d...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4933/1/pp%2520593_608.pdf http://journalarticle.ukm.my/4933/ http://pkukmweb.ukm.my/~ppbl/Gema/gemahome.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Keberkesanan dan kepakaran seseorang guru bahasa Iban dapat dinilai melalui teknik
pengajarannya. Kajian ini dijalankan berdasarkan konsep pengetahuan guru yang
diperkenalkan oleh Shulman (1986), iaitu Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK).
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka dan meneliti secara mendalam PPIK
yang dimiliki oleh guru bahasa Iban sekolah menengah di Sarawak. Kajian ini juga
bertujuan untuk mengetahui bagaimana PPIK ini dilaksanakan dalam bentuk penaakulan
pedagogi dan tindakan guru semasa proses pengajaran di dalam bilik darjah. Reka bentuk
kajian ini adalah kajian kualitatif berbentuk kajian kes. Empat orang guru bahasa Iban
dari Pejabat Pendidikan Daerah Subis, Sarawak dipilih untuk menyertai temu bual dan
pemerhatian. Data kajian berbentuk transkrip temu bual dianalisis dengan bantuan
perisian Nvivo 8. Kajian ini mendapati bahawa PPIK guru-guru bahasa Iban dipengaruhi
oleh disiplin ilmu masing-masing kerana kesemua guru bahasa Iban mempunyai latar
belakang pengkhususan yang berbeza-beza. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak ada
perbezaan PPIK yang ketara antara guru berpengalaman dengan guru baru. Sebaliknya,
faktor berpengalaman guru hanya menjadi faktor sampingan. Kesimpulannya, PPIK
guru-guru bahasa Iban ini banyak dipengaruhi oleh latar belakang pengkhususan mereka. |
---|