Analisa pencirian parameter ketebalan dan kebertelusan substrat bagi elemen cincin segiempat sepusat bersela antena tatsusun pantulan

Satu kajian pencirian parameter yang terdiri daripada ketebalan dan kebertelusan bahan substrat yang bertujuan meningkatkan prestasi lebar jalur elemen antena tatasusun pantulan telah dijalankan dan dibentangkan didalam kertas kerja ini. Parameter yang digunakan untuk mengukur prestasi lebar jalur i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Norbahiyah Misran,, Siti hafizah Yusop,, mohammad Tariqul islam ,, Muhammad Tusof Ismail ,
Format: Article
Published: Fakulti Kejuruteraan ,UKM,Bangi. 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4718/
http://www.ukm.my/jkukm/index.php/jkukm
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu kajian pencirian parameter yang terdiri daripada ketebalan dan kebertelusan bahan substrat yang bertujuan meningkatkan prestasi lebar jalur elemen antena tatasusun pantulan telah dijalankan dan dibentangkan didalam kertas kerja ini. Parameter yang digunakan untuk mengukur prestasi lebar jalur ini adalah kecerunan lengkung fasa dan julat fasa lelurus yang merujuk kepada graf fasa pantulan terhadap frenkuensi. Kehilangan balikan juga turut dianalisis bagi menentukan prestasi kehilangan oleh bahan substrat.Elemen yang direkabentuk dan dianalisis merupakan kombinasi cincin segiempat dengan ruang sela dan dibangunkan menggunakan perisian komputer CST Microstripes. Analisis menunjukkan kedua-dua ciri ketebalan dan kebertelusan bahan substrat memberi kesan kepada prestasi lebar jalur elemen dimana pemilihan penggunaan bahan substrat yang betul perlu dilakukan bagi mendapatkan prestasi elemen yang optimum terutamanya bagi kecerunan fasa dan julat fasa.