Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran tatabahasa

Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Penjodoh Bilangan dalam kalangan murid Tahun Tiga. Kajian yang dijalankan secara kuasi eksperimen ini membincangkan daripada dua aspek berikut, iaitu keberkesanan penggunaa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Ilyani Harun,, Ahmad Fauzi Mohd.Ayub,, Fadzilah Ab.Rahman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4639/1/31-42%2520Fauzi%2520et%2520al.pdf
http://journalarticle.ukm.my/4639/
http://www.ukm.my/jpbm/Current.aspx
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengenal pasti keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bagi tajuk Penjodoh Bilangan dalam kalangan murid Tahun Tiga. Kajian yang dijalankan secara kuasi eksperimen ini membincangkan daripada dua aspek berikut, iaitu keberkesanan penggunaan komputer dan juga isu berkaitan gender. Seramai 60 orang murid daripada dua kelas yang dipilih secara rawak telah dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan murid yang didedahkan dengan penggunaan komputer secara signifikan lebih baik min skor ujian pasca berbanding kumpulan kawalan. Dari segi gender, murid lelaki secara signifikan lebih baik min skor bagi ujian pasca berbanding murid perempuan bagi kumpulan rawatan. Sebagai tambahan, murid lelaki daripada kumpulan rawatan secara signifikan lebih tinggi min skor bagi ujian pasca berbanding dengan murid dalam kumpulan kawalan. Pada masa yang sama, murid perempuan daripada kumpulan rawatan memperoleh min skor lebih tinggi bagi ujian pasca berbanding murid perempuan daripada kumpulan kawalan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran penjodoh bilangan memberi kesan positif kepada murid.