Karsinoma buah dada dan faktor-faktor yang mempengaruhi dikalangan pesakit di Hospital Kuala Lumpur

Suatu kajian kes kontrol telah dilakukan untuk menentukan samada faktor-faktor seperti sejarah keluarga karsinoma buah dada, pariti, penyusuan anak dan pengambilan pil perancang keluarga dapat mempengaruhi prevalens karsinoma buah dada. Dalam kajian ini 40 kes pesakit karsinoma buah dada yang mendap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ismail Y.,, Fazilah N.,, Madihah A.,, Mohmad Hasan A.,, Raymond D.S.,, Rohaizan R.,, The K.Y.,, Tuan Norizan T.M.,
Format: Article
Language:English
Published: Department Of Community Health, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia 1994
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4323/1/jil1bil2-2ismail.pdf
http://journalarticle.ukm.my/4323/
http://www.communityhealthjournal.org/pdf/jil1bil2-2ismail.PDF
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Suatu kajian kes kontrol telah dilakukan untuk menentukan samada faktor-faktor seperti sejarah keluarga karsinoma buah dada, pariti, penyusuan anak dan pengambilan pil perancang keluarga dapat mempengaruhi prevalens karsinoma buah dada. Dalam kajian ini 40 kes pesakit karsinoma buah dada yang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur bagi tahun 1992 dan 1993 telah diambil secara rawak dari Unit Rekod, Fakulti Perubatan UKM. Manakala 40 kontrol yang berpadanan dari segi umur dan bangsa telah ditemuduga pada pesakit dari wad-wad di Hospital Kuala Lumpur. Daripada 40 pesakit karsinoma buah dada yang dipilih 65% adalah berbangsa Melayu diikuti Cina 20.0% dan India 15.0%. Daripada kajian ini, didapati bahawa terdapat hubungan yang bererti (p<0.05) di antara karsinoma buah dada dengan sejarah keluaarga karsinoma buah dada, pariti dan penyusuan anak. Kajian juga mendapati bahawa tiada hubungan bereti di antara karsinoma buah dada dengan penggunaan pil perancang keluarga (p>0.05). Sejarah keluarga karsinoma buah dada merupakan faktor risiko yang terpenting dengan nisbah ods sebanyak 6.31 (95%Selang Keyakinan (SK) : 1.2, 45.5). Pariti juga adalah faktor yang penting dengan nisbah ods sebanyak 4.7. Sementara penyususan ibu merupakan faktor pelindung dengan nisbah ods 0.34 (SK 0.1, 0.9). Dengan pengetahuan faktor risiko ia dapat membantu mengesan karsinoma buah dada diperingkat awal.