Kajian faktor risiko Kelahiran mati di Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada enam bulan pertama tahun 1992

Satu kajian kes-kontrol telah dijalankan bagi menentukanfaktor risiko yang berasosiasi dengan kelahiran mati di Wad Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada enam bulan pertama tahun 1992. Seratus kes kelahiran mati (kes) yang dipilih secara rawak mudah dibandingkan dengan seratus kes kelahiran hid...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Halim M.,, Ani Suraya A.G.,, Azhar S.,, Azman I.,, Nor Afidah Z.,, Noraini N.,, Siti Zubaidah S.,, Tan K.L.,
Format: Article
Language:English
Published: Department Of Community Health, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia 1994
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4320/1/jil1bil1-3halim.pdf
http://journalarticle.ukm.my/4320/
http://www.communityhealthjournal.org/pdf/jil1bil1-3halim.PDF
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu kajian kes-kontrol telah dijalankan bagi menentukanfaktor risiko yang berasosiasi dengan kelahiran mati di Wad Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada enam bulan pertama tahun 1992. Seratus kes kelahiran mati (kes) yang dipilih secara rawak mudah dibandingkan dengan seratus kes kelahiran hidup (kontrol). Kontrol telah dipilih dengan menyamakan peratusan bangsa kontrol dengan kes dalam tempoh masa yang sama. Data mengenai kelahiran mati di wad bersalin HKL pada tahun 1992 adalah 15.48 per seribu. Kadar ini telah meningkat berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu 14.38 per seribu. Daripada hasil kajian , faktor yang didapati berasosiasi secara signifikan dengan kelahiran mati di HKL ialah sejarah keguguran (OR=2.4), kurang berat lahir (OR+20.1) dan kehamilan bayi kembar (OR=6.1). Perbezaan signifikan juga diperolehi untuk min berat bayi antara kelahiran hidup (3.04 kg) dankelahairan mati (1.75 kg). Faktor yang berasosiasi ssecara tidak signifikan ialah umur ibu > 35 (OR=1.3) dan bilangan pariti ibu, (OR=1.72). Perbezaan min umur ibu kelahiran mati (29.6 tahun) dan ibu kelahairan hidup (28.5 tahun) didapati tidak signifikan. Maka dalam usaha untuk mengurangkan kadar kelahiran mati, faktor yang didapati signifikan hendaklah dijadikan sasaran dalam program kesihatan ibu dan anak.