Golongan muda mat rempit: suatu ekspresi sub budaya

Kajian ini membincangkan fenomena Mat Rempit dari sudut aktiviti dan sub-budaya yang diamalkan oleh segolongan anak muda di Kuala Lumpur. Permasalahan kajian memfokus kepada aktiviti dan ekspresi sub-budaya Mat Rempit bukan sahaja daripada aktiviti berlumba haram, bahkan juga aktiviti yang berkai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rokiah Ismail,, Muhamad Fuad Abdul Karim,, Zaidah Mustapha,
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4230/1/azima010.pdf
http://journalarticle.ukm.my/4230/
http://pkukmweb.ukm.my/e-bangi/papers/2010/rokiah010.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan fenomena Mat Rempit dari sudut aktiviti dan sub-budaya yang diamalkan oleh segolongan anak muda di Kuala Lumpur. Permasalahan kajian memfokus kepada aktiviti dan ekspresi sub-budaya Mat Rempit bukan sahaja daripada aktiviti berlumba haram, bahkan juga aktiviti yang berkaitan dengannya seperti berhibur melalui muzik, mencuri motosikal dan mengambil dadah. Pengkaji telah memilih 45 orang responden menggunakan kaedah pesampelan bertujuan dalam satu kerja lapangan yang dijalankan dari Januari hingga November 2007. Responden yang dipilih adalah Mat Rempit di Kuala Lumpur berusia antara 17 hingga 26 tahun. Seramai 7 orang responden telah ditemubual secara mendalam. Kajian bertujuan memperihal aktiviti Mat Rempit dan mengenal pasti elemen-elemen khusus dalam sub-budaya yang diamalkan oleh mereka. Kajian turut melihat ekspresi sosial golongan Mat Rempit melalui aktiviti serta sub-budaya mereka yang melibatkan penggunaan ruang fizikal dan sosial serta peluang untuk menjalankan aktiviti dan membangunkan sub-budaya mereka. Kajian mendapati sub-budaya yang terhasil merupakan suatu reaksi dan penyelesaian berbentuk kolektif golongan Mat Rempit terhadap budaya masyarakat konvensional yang dipersepsikan membatas kehendak dan keinginan orang muda seperti terpancar melalui pelbagai aktiviti dan sub-budaya khusus mereka, dan pada masa sama cenderung mempermasalahkan penggunaan masa lapang mereka.