Wanita, ketidaksamaan sosial dan risiko jangkitan AIDS

AIDS yang pada asalnya dikaitkan dengan lelaki gay sahaja telah mengambil dimensi baru. Di seluruh dunia, AIDS telah menjadi masalah wanita dengan kadar jangkitan di kalangan mereka meningkat lebih cepat daripada lelaki. Dengan menggunakan maklumat yang diperolehi hasil temubual separuh berstruktur...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aishah @ Eshah Haji Mohamed,
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2002
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4213/
http://www.ukm.my/penerbit/jdem61-04.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:AIDS yang pada asalnya dikaitkan dengan lelaki gay sahaja telah mengambil dimensi baru. Di seluruh dunia, AIDS telah menjadi masalah wanita dengan kadar jangkitan di kalangan mereka meningkat lebih cepat daripada lelaki. Dengan menggunakan maklumat yang diperolehi hasil temubual separuh berstruktur dengan 30 orang wanita yang dijangkiti HIV, makalah ini mengupas dua soalan iaitu, (1) bagaimana hubungan personal di antara gender menyebabkan wanita dijangkiti AIDS dan (2) kenapa sesetengah wanita melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berisiko tinggi dari segi jangkitan AIDS. Data daripada kajian ini menunjukkan bahawa wanita dijangkiti AIDS kerana status mereka yang subordinat kepada lelaki dari segi sosial, ekonomi dan politik. Jangkitan AIDS di kalangan wanita juga dipengaruhi secara langsung oleh definisi budaya dan dibentuk secara sosial oleh peranan mereka dan definisi tentang seksualiti. Kekurangan pendapatan, kuasa dan kekayaan telah menyebabkan wanita tidak berupaya untuk menghindari diri mereka daripada AIDS.