Kualiti pengajaran dan pembelajaran universiti tempatan.

Apabila merenungi perkembangan universiti di Malaysia dalam menghadapi arus globalisasi dan mencapai matlamat Wawasan 2020, kualiti pendidikannya dengan tumpuan kepada kerelevanan dan keberkesanan kurikulum dan proses mengajar belajar amat perlu dianalisis dan diperbaharui. Sasaran pengajaran yang b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Robiah Sidin,
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2001
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4191/
http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jademik-57-63.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Apabila merenungi perkembangan universiti di Malaysia dalam menghadapi arus globalisasi dan mencapai matlamat Wawasan 2020, kualiti pendidikannya dengan tumpuan kepada kerelevanan dan keberkesanan kurikulum dan proses mengajar belajar amat perlu dianalisis dan diperbaharui. Sasaran pengajaran yang berkualiti ialah siswazah yang cemerlang iaitu berilmu, berdisiplin dan bermoral, berwawasan dengan ciri-ciri kepimpinan tersendiri. Terdapat lima cabaran utama yang sedang dihadapi oleh sistem universiti tempatan iaitu mutu dan kualiti siswazah, terutama golongan Bumiputra yang kurang cemerlang dalam pencapaian akademik, iklim dan budaya belajar yang tidak positif, kurikulum yang memerlukan pengubahsuaian, pendekatan, pengajaran yang kurang mencabar untuk pelajar belajar, dan kelemahan menguasai bahasa Inggeris. Pelbagai langkah untuk mengatasi masalah ini boleh dicadangkan termasuklah merancang dan menggubal kurikulum yang seimbang, melatih kemahiran mengajar, menggalakkan usahasama antara fakulti, dan memastikan program mencapai piawai yang diterima. Namun kunci untuk segala pembaharuan itu terletak pada sikap pensyarah yang seharusnya mahu dan sanggup berubah daripada amalan lama kepada yang lebih baru dan positif.