Anjakan paradigma dalam pengurusan alam sekitar di Malaysia: peranan universiti

Rencana ini bertujuan menggalurkan pertalian antara pembangunan, alam sekitar dan respon pengurusannya di Malaysia sejak merdeka sehingga kini. Ia menegaskan ciri perubahan strategi dan stail pengurusan yang dituntut oleh keadaan semasa alam sekitar hasil daripada impak pembangunan terhadapnya, yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sham Sani,
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2001
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4190/
http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/jdem57-01x.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rencana ini bertujuan menggalurkan pertalian antara pembangunan, alam sekitar dan respon pengurusannya di Malaysia sejak merdeka sehingga kini. Ia menegaskan ciri perubahan strategi dan stail pengurusan yang dituntut oleh keadaan semasa alam sekitar hasil daripada impak pembangunan terhadapnya, yang sekaligus memerlukan suatu anjakan paradigma dalam pengurusan alam sekitar dan cara menangani masalah yang timbul. Peranan yang dimainkan oleh universiti dalam menangani isu alam sekitar di Malaysia hari ini tidak lagi menjurus semata-mata kepada usaha melindungi alam semulajadi sepertimana 100 tahun dulu. Pengurusan alam sekitar kini mencakupi hampir keseluruhan aspek manusia – kesejahteraan, kesihatan, perdagangan dan masa depan kita dan anak cucu kita. Skop pengurusan alam sekitar yang berasaskan kepada konsep sempit yang diamalkan sebelum ini perlu diperluas meliputi pengurusan keseluruhan sumber yang ada bagi memelihara dan melindungi generasi masa kini dan generasi mendatang. Berhadapan dengan tuntutan hasil daripada perubahan falsafah ini, maka paradigma dan pendekatan pengurusan alam sekitar juga semestinya beranjak daripada hanya melindungi alam semulajadi dan merawat pencemaran semata-mata kepada pengurusan sumber bagi kesejahteraan generasi masa kini dan generasi akan datang.