Keberkesanan penggunaan alat bantuan penglihatan terhad

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui status visual pelajar berpenglihatan terhad dan mengenal pasti pelajar bermasalah penglihatan yang boleh mendapat manfaat melalui penggunaan alat bantuan penglihatan terhad. Seramai 113 pelajar berpenglihatan terhad dari sekolah pendidikan khas mengambil bahagia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rokiah Omar,, Victor Fiezal Knight,, Zainora Mohamed,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4/1/
http://journalarticle.ukm.my/4/
http://www.ukm.my/~jsm/contents.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengetahui status visual pelajar berpenglihatan terhad dan mengenal pasti pelajar bermasalah penglihatan yang boleh mendapat manfaat melalui penggunaan alat bantuan penglihatan terhad. Seramai 113 pelajar berpenglihatan terhad dari sekolah pendidikan khas mengambil bahagian. Akuiti visual jauh dan dekat diukur dengan dan tanpa alat bantuan penglihatan terhad. Pelajar yang memerlukan pemeriksaan lanjutan dirujuk ke Klinik Penglihatan Terhad, Universiti Kebangsaan Malaysia (KPT UKM). 31% pelajar berkategori berpenglihatan terhad dengan penglihatan jauh di antara 6/18 sehingga 6/95, manakala 67% pelajar berkategori buta. 2% pelajar pula mempunyai akuiti yang lebih baik dari 6/18. Akuiti visual dekat bagi pelajar-pelajar ini adalah di antara N4 hingga N64. Alat bantuan penglihatan terhad seperti kanta pembesar berpemegang, kanta pembesar berdiri dan teleskop dimiliki oleh hanya 17% pelajar dari kategori pelajar berpenglihatan terhad. Kajian ini juga menunjukkan bahawa 85% daripada pelajar yang dirujuk ke KPT UKM mendapat menafaat dari penggunaan alat bantuan penglihatan terhad. Capaian kepada perkhidmatan pemeriksaan dan jagaan mata bagi pelajar berpenglihatan terhad perlu diwujudkan agar pelajar-pelajar ini dapat dikesan awal dan alat bantuan penglihatan terhad yang sesuai dapat diberikan. Kajian ini menekankan kepentingan peranan ibu bapa, guru-guru dan optometris dalam memastikan masalah/gangguan penglihatan kanak-kanak ini ditangani dengan berkesan.