Pemetaan akuifer dengan teknik geoelektrik di Sungai Kelambu, Banting, Selangor

Pengukuran keberintangan secara menegak dan secara 2D telah dilakukan di Sungai Kelambu, Banting untuk memetakan lapisan dan jenis air yang terdapat dalam akuifer pasir serta endapan yang berada di sekitarnya. Pengukuran keberintangan menegak dilakukan di sebanyak 29 stesen manakala pengukuran keber...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Umar Hamzah,, Dayang Suraya Sirat,, Nazihah Muzafar ,
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2006
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3987/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol35num2_2006/vol35num2_06page35-40.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengukuran keberintangan secara menegak dan secara 2D telah dilakukan di Sungai Kelambu, Banting untuk memetakan lapisan dan jenis air yang terdapat dalam akuifer pasir serta endapan yang berada di sekitarnya. Pengukuran keberintangan menegak dilakukan di sebanyak 29 stesen manakala pengukuran keberintangan 2D dilakukan di sebanyak 8 profil. Keberintangan sebenar yang diperolehi menerusi permodelan songsang telah dikorelasikan dengan data lubang gerudi yang berhampiran untuk memudahkan pentafsiran. Berdasarkan pentafsiran, lapisan lempung didapati berkerintangan 8-180m dan tebal purata 15m berada di atas lapisan akuifer pasir berkeberintangan 40-800m dan tebal 35-87m. Lapisan pasir ini terendap di atas metasedimen yang berjulat keberintangan 600-800 m. Selain daripada fakta keberintangan dan ketebalan, taburan stesen kajian telah memungkinkan pembinaan peta kontur untuk melihat taburan ketebalan dan keberintangan lapisan akuifer. Peta kontur ketebalan menunjukkan bahagian akuifer yang paling tebal terletak di bahagian tengah dan tenggara kawasan kajian. Oleh sebab julat keberintangan akuifer ini berkisar di antara 40-800m, ini bermakna akuifer tersebut mengandungi air segar hingga payau.