Keadaan eutrofikasi di Tasik Chini, Pahang

Satu kajian kualiti air di Tasik Chini telah dijalankan pada bulan Julai, Ogos dan September 2004. Sebanyak 15 stesen persampelan telah dipilih dan sebanyak 14 parameter kualiti air telah ditentukan dalam kajian ini. Keputusan yang diperolehi menunjukkan nilai purata keseluruhan tasik bagi tiga bula...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shuhaimi-Othman , M., Lim, E.C.
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2006
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3986/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol35num2_2006/vol35num2_06page29-34.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu kajian kualiti air di Tasik Chini telah dijalankan pada bulan Julai, Ogos dan September 2004. Sebanyak 15 stesen persampelan telah dipilih dan sebanyak 14 parameter kualiti air telah ditentukan dalam kajian ini. Keputusan yang diperolehi menunjukkan nilai purata keseluruhan tasik bagi tiga bulan persampelan bagi parameter suhu, oksigen terlarut, konduktiviti, jumlah pepejal terlarut, turbiditi, ph, ammonia-N, nitrat, fosfat, permintaan oksigen kimia, sulfat, permintaan oksigen biokimia dan jumlah pepejal terampai masing-masing adalah 29.73 ± 0.44 °C, 6.08 ± 0.88 mg/L, 21.35 ± 4.32 mS/cm, 13.66 ± 2.76 mg/L, 2.84 ± 3.77 NTU, 6.63 ± 0.24, 0.11 ± 0.04 mg/L, 0.02 ± 0.02 mg/L, 0.05 ± 0.02 mg/L, 0.23 ± 0.36 mg/L, 16.69 ± 4.31 mg/L, 1.97 ± 1.32 mg/L dan 5.17 ± 3.67 mg/L. Perbandingan dengan nilai Piawaian Interim Kualiti Air Kebangsaan (INWQS) menunjukkan secara amnya parameter yang dikaji berada dalam kelas I-IV. Kepekatan klorofil-a adalah rendah pada bulan Julai dan September dengan purata 1.4 µg/L, tetapi meningkat pada bulan Ogos dengan purata 21.91 µg/L dan meletakkan Tasik Chini dalam status eutrofik pada bulan tersebut. Faktor-faktor yang menyumbang ke arah fenomena in dibincang lanjut dalam kertas ini.