Model bilangan tuntutan insurans dengan taburan tunggal dan campuran terhingga

Kajian ini bertujuan untuk menyuai taburan diskrit terhadap data bilangan tuntutan insurans. Penyuaian yang dilakukan melibatkan taburan tunggal dan campuran terhingga. Data yang diguna merupakan data bilangan tuntutan bagi produk insurans hayat yang dikeluarkan oleh salah sebuah syarikat insurans y...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noriszura Hj. Ismail,, Khairul Anuar Mohd Ali,, Chiew , Ai Chin
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2004
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3897/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol33num2_2004/vol33num2_04page173-194.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menyuai taburan diskrit terhadap data bilangan tuntutan insurans. Penyuaian yang dilakukan melibatkan taburan tunggal dan campuran terhingga. Data yang diguna merupakan data bilangan tuntutan bagi produk insurans hayat yang dikeluarkan oleh salah sebuah syarikat insurans yang terdapat di Malaysia. Data ini bertempoh 12 bulan, bermula daripada Januari 2000 sehingga Disember 2000. Kaedah momen dan kebolehjadian maksimum diguna untuk menganggar parameter bagi kedua-dua taburan tunggal dan campuran terhingga. Kebagusan suaian model diuji dengan ujian khi-kuasa dua Pearson, ujian nisbah kebolehjadian dan kriteria Bayesian-Schwartz. Hasil kajian menunjukkan bahawa model campuran terhingga memberikan penyuaian yang lebih baik berbanding dengan model tunggal. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa taburan campuran terhingga dua-Poisson adalah model yang terbaik bagi data.