Kesan pemberian ekstrak buah mengkudu (Morinda citrifolia Linn.)ke atas kualiti sperma dan histologi testis mencit

Mengkudu (Morinda citrifolia Linn.) adalah tumbuhan ubatan yang terkenal. Bahagian buah, daun dan akarnya digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan pemberian ekstrak berakua buah M. citrifolia (dos 25mg/kg, 50 mg/kg dan 100 mg/kg berat tubuh me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mahanem Mat Noor,, Chuay , Sin Hsia
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2004
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3890/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol33num2_2004/vol33num2_04page89-96.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Mengkudu (Morinda citrifolia Linn.) adalah tumbuhan ubatan yang terkenal. Bahagian buah, daun dan akarnya digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan pemberian ekstrak berakua buah M. citrifolia (dos 25mg/kg, 50 mg/kg dan 100 mg/kg berat tubuh mencit selama 30 hari) ke atas kuantiti sperma dan histologi testis mencit. Data daripada kajian ini menunjukkan bilangan sperma epididimis, mortaliti, motiliti dan morfologi sperma mencit kajian tidak berbeza berbanding kumpulan kawalan. Proses spermatogenesis juga tidak terjejas dengan pemberian M. citrifolia. Keputusan kajian ini mencadangkan ekstrak berakua M .citrifolia (sehingga 100 mg/kg) tidak mendatangkan kesan terhadap kualiti sperma dan spermatogenesis mencit.