Penilaian pengambilan sisa racun perosak melalui pemakanan

Pencemaran makanan merupakan masalah global yang berpunca daripada aktiviti perindustrian dan pertanian atau semasa pemprosesan atau penyimpanan makanan. Pencemaran ini akan mengakibatkan kemerosotan kesihatan kepada manusia. Terdapat pelbagai usaha daripada pihak kerajaan mahupun perindustrian untu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Izzah Ahmad,, Aminah Abdullah,
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2004
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3877/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol33num1_2004/vol33num1_04page129-145.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pencemaran makanan merupakan masalah global yang berpunca daripada aktiviti perindustrian dan pertanian atau semasa pemprosesan atau penyimpanan makanan. Pencemaran ini akan mengakibatkan kemerosotan kesihatan kepada manusia. Terdapat pelbagai usaha daripada pihak kerajaan mahupun perindustrian untuk meminimumkan tahap pencemaran makanan. Pengurusan pencemaran makanan secara berkesan merupakan penilaian potensi risiko kesihatan yang melibatkan bahan pencemar spesifik. Program pengawasan dan penilaian makanan (CEMS/Food) dibawah UNEP, FAO dan WHO telah ditubuhkan pada 1976 dengan keanggotaan sebanyak 40 buah negara pada tahun 1992. Tujuan utama program tersebut adalah memberi makluman berkaitan tahap dan corak bahan pencemar makanan, penyebaran dan perkaitan dengan kesihatan awam serta penjualan makanan. Data yang dikongsikan oleh program ini adalah tahap bahan kimia utama didalam makanan yang menjadi diet utama. Lain-lain data termasuklah anggaran pengambilan bahan kimia tersebut melalui pemakanan serta perbandingan seterusnya kepada piawaian toksikologi atau tahap toleran mereka.