Peramalan sinaran suria global melalui kaedah berstatistik
Kajian ini bermatlamat untuk meramal purata bulanan sinaran suria harian berdasarkan kepada faktor-faktor meteorologi seperti jumlah jam penerimaan matahari, kelembapan relatif, jumlah hujan serta kelajuan angin. Dua kaedah pemodelan berstatistik digunakan iaitu kaedah pemodelan regresi linear berga...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2002
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3832/ http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol31_2002/vol31_02page149-158.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bermatlamat untuk meramal purata bulanan sinaran suria harian berdasarkan kepada faktor-faktor meteorologi seperti jumlah jam penerimaan matahari, kelembapan relatif, jumlah hujan serta kelajuan angin. Dua kaedah pemodelan berstatistik digunakan iaitu kaedah pemodelan regresi linear berganda dan kaedah siri masa yang berdasarkan model gabungan auto regresi purata bergerak (ARPB). Berdasarkan analisis yang telah dijalankan didapati model regresi linear berganda yang mempunyai dua pemboleh ubah tidak bersandar menghasilkan nilai min kuasadua ralat yang paling minimum berbanding dengan model-model peramalan yang lain. Hasil peramalan daripada model tersebut bagi data selama sebulan iaitu bulan Disember 1997 mendapati kecekapan peramalan yang dibuat adalah sebanyak 91.93%. Oleh itu, adalah dicadangkan bahawa model yang diperolehi digunakan sebagai model peramalan jumlah sinaran suria harian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang dan amnya di Malaysia. |
---|