Faktor risiko miopia di kalangan murid-murid Sekolah Menengah Daerah Kuala Krai

Miopia atau rabun jauh merupakan masalah yang masih kurang diambil berat oleh masyarakat. Penyakit ini dikaitkan dengan perubahan gaya hidup, peningkatan status hidup dan kecemerlangan akademik. Suatu kajian kes kawalan dijalankan dikalangan pelajar sekolah menengah di Daerah Kuala Krai, Kelantan de...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Rahimi , H., Md. Idris Mohd. Nor,, Osman Ali,
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 1999
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3764/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol28_1999/vol28_99page29-38.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Miopia atau rabun jauh merupakan masalah yang masih kurang diambil berat oleh masyarakat. Penyakit ini dikaitkan dengan perubahan gaya hidup, peningkatan status hidup dan kecemerlangan akademik. Suatu kajian kes kawalan dijalankan dikalangan pelajar sekolah menengah di Daerah Kuala Krai, Kelantan dengan objektif untuk menentukan faktor risiko miopia. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan hubungan antara miopia dengan faktor sekitaran, genetik dan sosioekonomi. Responden dipilih menggunakan pensampelan pelbagai tahap rawak. Dari 232 responden, 118 didapati mengalami miopia, dengan ketajaman penglihatan 6/18 -6/60, sementara 114 tidak mengalami miopia dan diambil sebagai kawalan. Analisis univariat menunjukkan miopia ini berkaitan dengan jarak membaca kurang dari 30cm (p<0.00l), jarak menonton TV kurang dari 1.53m (p<0.001) dan sejarah keluarga menghidap miopia (p<0.01). Walau bagaimanapun, analisis multivariat menunjukkan hanya jarak membaca dan menonton TVberkaitan dengan miopia. Nisbah ganjil untuk menonton TV pada jarak kurang dari 1.53m adalah 4.2 (95% selang keyakinan 3.42-4.98), jarak membaca kurang dari 30cm adalah 13.0 (95% selang keyakinan 12.17-13.78) dan mempunyai sejarah keluarga 2.34 (95% selang keyakinan 1.28-4.27). Intervensi untuk memperbaiki jarak pembacaan dan jarak menonton TV dikalangan pelajar sekolah menengah akan dapat menurunkan insidens miopia lebih kurang 40%.