Bioakumulasi logam berat dalam ikan air tawar di Perairan Sekitar Empangan Lohan, Ranau, Sabah
Kajian bioakumulasi logam berat oleh ikan air tawar, Tilapia nilotica di perairan sekitar Empangan Lohan dilakukan dengan kaedah ternakan akuarium. Hasil kajian menunjukkan tisu ikan yang diternak dalam sampel air tercemar (lokasi S3 dan S4) mengandungi logam berat yang lebih tinggi dari tisu ikan y...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
1997
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3730/ http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol26num1_1997/vol26num1_97page61-68.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian bioakumulasi logam berat oleh ikan air tawar, Tilapia nilotica di perairan sekitar Empangan Lohan dilakukan dengan kaedah ternakan akuarium. Hasil kajian menunjukkan tisu ikan yang diternak dalam sampel air tercemar (lokasi S3 dan S4) mengandungi logam berat yang lebih tinggi dari tisu ikan yang diternak dalam sampel air tidak tercemar (lokasi S1 dan S2). Kepekatan logam berat seperti Fe, Zn, Mn, Cu, Ni dan Cr didapati tinggi dalam tisu ikan berbanding dengan kepekatan Co, Cd dan Pb. Kadar bioakumulasi logam berat daIam ikan didapati tinggi bagi Zn, Mn, Cu, Ni dan Co yang masing-masing melebihi 25 kali ganda dari paras asal dan lebih 10 kali ganda dari paras kawalan. Siri bioakumulasi logam berat yang dikaji dalam ikan T. nilotica menurut urutan; Mn> Cu> Cr> Ni> Co> Zn> Pb> Cd> Fe. Kepekatan logam berat yang dapat diambil oleh ikan dalam masa kajian tidak mencapai nilai yang dapat menyebabkan kematian kepada ikan. |
---|