Rijang beradiolaria Semenanjung Malaysia: kewujudan, usia dan sekitaran pengendapan

Beberapa contoh rijang berusia Paleozoic Akhir dan Mesozoik telah dikaji kandungan kimia, dan radiolaria. Kewujudan radiolaria dalam bantuan rijang telah membolehkan penentuan usia yang lebih jitu terhadap lapisan rijang di beberapa formasi batuan di Semenanjung Malaysia. Rijang Formasi Kubang Pasu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Basir Jasin,
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 1996
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3698/
http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol25num2_1996/vol25num2_96page103-113.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Beberapa contoh rijang berusia Paleozoic Akhir dan Mesozoik telah dikaji kandungan kimia, dan radiolaria. Kewujudan radiolaria dalam bantuan rijang telah membolehkan penentuan usia yang lebih jitu terhadap lapisan rijang di beberapa formasi batuan di Semenanjung Malaysia. Rijang Formasi Kubang Pasu berusia Karbon Awal. Rijang Formasi Kodiang berusia Karnian Norian, Trias Akhir. Rijang Formasi Semanggol berusia Perm Akhir hingga Trias Tengah. Rijang di kawasan Ulu Kelantan berusia Perm Bawah. Rijang di kawasan Jengka, Pahang berusia Perm Akhir. Tiga sekutuan batuan rijang telah dikenalpasti; 1) sekutuan rijang-batu kapur atau dikenali sebagai sekutuan ambelesan yang didapati di Formasi Kodiang, 2) sekutuan rijang­batuan klastik atau dikenali sebagai sekutuan rijang pinggir benua, sekutuan ini banyak ditemui di Semenanjung Malaysia terutama dalam Formasi Semanggol, Formasi Kubang Pasu dan rijang di Ulu Kelantan dan 3) sekutuan rijang-piroklastik atau dikenali sebagai sekutuan arka-kepulauan didapati pada batuan rijang di kawasan Jengka, Pahang.