Ketahanan suhu acanthamoeba spp. pencilan spesimen klinikal dan persekitaran

Acanthamoeba merupakan protozoa hidup bebas yang mampu menyebabkan penyakit keratitis Acanthamoeba dan ensefalitis amebik bergranuloma. Ciri fisiologi ameba ini mempunyai kepentingan perubatan dan boleh dikaitkan dengan potensi patogenisitinya. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji ciri fisiologikal A...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Farhana Jufri,, Anisah Nordin,, Mohamed Kamel Abd Ghani,, Yusof Suboh,, Noraina Abd Rahim,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3665/1/Ketahanan_Suhu_Acanthamoeba_spp._Pencilan_Spesimen_Klinikal_dan_Persekitaran.pdf
http://journalarticle.ukm.my/3665/
http://www.fsk.ukm.my/jurnal/jilid%208%282%29%202010/Chap%201.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Acanthamoeba merupakan protozoa hidup bebas yang mampu menyebabkan penyakit keratitis Acanthamoeba dan ensefalitis amebik bergranuloma. Ciri fisiologi ameba ini mempunyai kepentingan perubatan dan boleh dikaitkan dengan potensi patogenisitinya. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji ciri fisiologikal Acanthamoeba dari aspek ketahanan suhu. Enam pencilan Acanthamoeba iaitu tiga pencilan klinikal (HSB 1, HKL 48 dan HKL 95) dan tiga pencilan persekitaran (PHS 2, PHS 11 dan PHS 15) digunakan dalam kajian ini. Ujian dilakukan dengan mengkultur sista pada suhu 30°C, 37°C dan 42°C selama dua minggu dan memerhatikan keupayaannya untuk bertukar kepada peringkat trofozoit. Hasil kajian menunjukkan kesemua pencilan mampu bertukar kepada peringkat trofozoit pada suhu 30°C dan 37°C. Walau bagaimanapun tiada trofozoit diperhatikan pada suhu 42°C. Ini menunjukkan terdapat persamaan ciri fisiologi bagi kedua-dua pencilan dan pencilan persekitaran mampu menunjukkan potensi patogenisitinya dan sekaligus boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia.