Pembiayaan perbankan Islam dan kadar pengeluaran negara: kes Malaysia.

Untuk membangunkan ekonomi sesebuah negara, cara yang paling berkesan adalah dengan melakukan perdagangan. Perdagangan merupakan kegiatan pertukaran barang dan perkhidmatan antara penjual dan pembeli secara sukarela melalui media pertukaran seperti wang. Melalui aktiviti perdagangan, sesebuah negara...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Shim , Man Kit, Aisyah Abdul Rahman,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3649/1/jademik81-3Bab%25207-lock.pdf
http://journalarticle.ukm.my/3649/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Untuk membangunkan ekonomi sesebuah negara, cara yang paling berkesan adalah dengan melakukan perdagangan. Perdagangan merupakan kegiatan pertukaran barang dan perkhidmatan antara penjual dan pembeli secara sukarela melalui media pertukaran seperti wang. Melalui aktiviti perdagangan, sesebuah negara dapat menikmati barang dan perkhidmatan daripada negara lain. Secara tidak langsung, berlaku permindahan teknologi dan ini memberi kesan yang positif terhadap perkembangan ekonomi sesebuah negara. Walau bagaimanapun, sumber dana diperlukan bagi menjayakan aktiviti perdagangan di mana dana diperlukan untuk tujuan membeli premis, mesin dan jentera, bahan mentah dan sebagainya. Jika dipertimbangkan dari aspek keselamatan dan amaun pinjaman yang besar, membuat pinjaman dengan bank merupakan pilihan yang terbaik berbanding dengan meminjam dari ahli keluarga mahupun kawan-kawan. Sistem perbankan terbahagi kepada perbankan konvensional dan perbankan Islam. Umumnya, perbankan Islam mengharamkan amalan riba manakala perbankan konvensional mengambil kira kadar faedah. Artikel ini bertujuan mengkaji hubungan pembiayaan perbankan Islam dengan kadar pengeluaran negara di Malaysia. Artikel kajian ini, faktor-faktor lain seperti deposit perbankan Islam dan kadar inflasi juga dimasukkan sebagai pembolehubah yang mempengaruhi kadar pengeluaran negara. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan ujian kointegrasi dan ujian Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM) untuk melihat hubungan antara pembolehubah bagi jangka panjang dan jangka pendek. Hasil kajian mendapati bahawa pembiayaan perbankan Islam mempengaruhi kadar pengeluaran negara secara positif dan mempunyai pengaruh dalam jangka panjang dan jangka pendek. Oleh itu, para penggubal dasar dan institusi perbankan Islam harus masing-masing mengambil kira hubungan positif ini dalam merangka strategi pembangunan negara dan pengurusan risiko agar ekonomi negara dapat berkembang dengan lebih maju