Pilihan Rasional: minda Abdullah C.D., pemimpin komunis Melayu

Abdullah C.D. ialah mantan Pengerusi, Parti Komunis Malaya (PKM) sejak 1968, dan pemimpin de facto Rejimen Ke-10, Tentera Pembebasan Rakyat Malaya di bawah parti berkenaan sejak 1949 hingga 1989. Minda beliau, iaitu gabungan pemikiran, kesedaran dan cita-cita peribadinya, dengan input ideologi Marxi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kamaruddin M. Said,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3644/1/jademik81-3Bab%25202-lock.pdf
http://journalarticle.ukm.my/3644/
http://pkukmweb.ukm.my/penerbit/akademika/jademik-contents.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Abdullah C.D. ialah mantan Pengerusi, Parti Komunis Malaya (PKM) sejak 1968, dan pemimpin de facto Rejimen Ke-10, Tentera Pembebasan Rakyat Malaya di bawah parti berkenaan sejak 1949 hingga 1989. Minda beliau, iaitu gabungan pemikiran, kesedaran dan cita-cita peribadinya, dengan input ideologi Marxisme-Leninisme-Maoisme telah menjadi acuan kepimpinan dan tindakannya menerusi kegiatan bersenjata PKM selama empat dekad. Pemikiran, kesedaran dan impian politiknya ini terungkap dalam tiga jilid memoir beliau (2005, 2007, 2009). Bergantung kepada perubahan dalam persekitaran politik di Persekutuan Tanah Melayu dan politik dunia selama empat dekad itu, minda Abdullah C.D. boleh dianggap dipengaruhi oleh pilihan rasional ataupun dogmatisme ideologi. Pada mulanya, mindanya dipandu oleh pilihan rasional kerana keterlibatan beliau dalam PKM adalah dalam era gerakan nasionalisme menentang kolonialisme Inggeris sedang bersemarak di Persekutuan Tanah Melayu. Namun begitu, setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 1957, dan gerakan PKM mengalami kemerosotannya, beliau sebagai komisar politik dan komander Rejimen Ke-10 telah berusaha mempergiatkan kembali gerakan perjuangan bersenjata rejimen tersebut. Hal ini terjadi kerana minda nasionalisnya telahpun terperangkap dalam dogmatisme Marxisme-Leninisme-Maoisme. Dogmatisme ideologi menjadi landasan kepada pilihan rasionalnya untuk meneruskan gerakan revolusionir bersenjata. Makalah ini bertujuan menyelami minda politik Abdullah C.D. menerusi analisis kandungan terhadap tiga jilid memoir beliau yang tersebut di atas. Isi minda Abdullah C.D. ditafsirkan berpandukan teori 'pilihan rasional' yang pernah diguna pakai oleh Theda Skocpol apabila menganalisis secara sosiologikal tentang revolusi sosial di Perancis, Russia dan China.