Kefungsian saraf sensori median dan hubungannya dengan tempoh carpal tunnel syndrome dan indeks jisim tubuh
Kajian ini menilai kefungsian pelbagai jenis serat saraf sensori median, serta menentukan hubungan fungsi saraf dengan tempoh Carpal Tunnel Syndrome (CTS) dan indeks jisim tubuh (body mass index, BMI) di kalangan penghidap CTS di Unit Fisioterapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Sejum...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2009
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3642/1/Kefungsian_Saraf_Sensori_Median_dan_Hubungannya.pdf http://journalarticle.ukm.my/3642/ http://www.fsk.ukm.my/jurnal/jilid%207%282%292009/NOR%20AZURA%20AZMI,%20NOR%20AZLIN%20MOHD.%20NORDIN%20&%20NOR%20AZILA%20NOH.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini menilai kefungsian pelbagai jenis serat saraf sensori median, serta menentukan hubungan fungsi saraf dengan tempoh Carpal Tunnel Syndrome (CTS) dan indeks jisim tubuh (body mass index, BMI) di kalangan penghidap CTS di Unit Fisioterapi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Sejumlah 30 orang subjek (6 lelaki dan 24 perempuan) dengan min umur 53.30 ± 9.20 tahun dan min tempoh penyakit 51.17 ± 50.22 bulan terlibat dalam kajian ini. Kepekaan serat saraf sensori dinilai menggunakan ujian
Current Perception Threshold (CPT) menggunakan rangsangan 5 Hz, 250 Hz dan 2000 Hz; yang masing-masing mempamerkan kefungsian serat saraf C, Aδ dan Aβ. Kajian mendapati bahawa majoriti subjek mempunyai fungsi saraf yang normal untuk ketiga-tiga jenis serat saraf sensori median. Sejumlah
40% subjek mempunyai keabnormalan fungsi serat saraf Aβ, 7% mempunyai keabnormalan serat saraf Aδ dan 27% subjek mengalami keabnormalan serat saraf C. Ujian korelasi Spearman menunjukkan tiada hubungan yang signifikan di antara kefungsian saraf sensori median dengan tempoh
menghidap CTS dan BMI (p > 0.05). Kesimpulannya, walaupun majoriti penghidap CTS di HUKM mempunyai fungsi serat saraf sensori median yang normal, keabnormalan sensitiviti serat Aβ, Aδ dan C bagi saraf sensori median di kalangan sebahagian penghidap perlu diberi perhatian bagi mencegah
keterukan fungsi saraf seterusnya komplikasi lanjutan. Ahli Fisioterapi di HUKM boleh meningkatkan penggunaan modaliti perangsang saraf seperti Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation (TENS) bagi mengembalikan kefungsian serat saraf pesakit yang terlibat. |
---|