Cabaran perubahan fungsi bandar kecil dalam era globalisasi: petunjuk positif dari Tanjong Malim, Malaysia
Dalam era globalisasi, peningkatan pengaruh bandar raya mega dalam agenda pembangunan ekonomi nasional seringkali membawa kepada polarisasi ekonomi di mana bandar-bandar kecil dan kawasan sekitar yang terletak di luar kawasan pembangunan utama akan ketinggalan, terus kekal mundur dan tidak membang...
Saved in:
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3614/1/10.Geografia-peb%25202012-themed%2520issue-yazid%2C%2520Katiman%2C%2520Yusof-ukm-%252022.2.pdf http://journalarticle.ukm.my/3614/ http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dalam era globalisasi, peningkatan pengaruh bandar raya mega dalam agenda pembangunan ekonomi nasional
seringkali membawa kepada polarisasi ekonomi di mana bandar-bandar kecil dan kawasan sekitar yang terletak di
luar kawasan pembangunan utama akan ketinggalan, terus kekal mundur dan tidak membangun. Pertumbuhan
Wilayah Metropolitan Klang-Langat telah membuktikan kebenaran ini bagi Malaysia. Bagaimanapun, bandar seperti
Tanjong Malim yang lokasinya berhampiran dengan Wilayah Metropolitan adalah terkecuali. Bandar kecil ini telah
dirancang oleh kerajaan negeri untuk menjadi Pusat Pertumbuhan Separa Wilayah bagi kawasan Selatan Perak pada
tahun 2020. Oleh kerana lokasinya yang strategik iaitu di tengah-tengah lebuh raya utara-selatan antara Wilayah
Metropolitan Kinta dan Wilayah Metropolitan Klang-Langat, selain kewujudan UPSI dan kilang Proton, Tanjong
Malim dijangka mampu mencapai sasarannya. Artikel ini membuktikan kemampuan ini dengan menganalisis
perubahan penduduk dan fungsi yang berlaku di Tanjong Malim. Analisis dokumen dan rekod kerajaan serta
maklumat yang dikumpulkan melalui pemerhatian lapangan dan soal selidik yang dijalankan di kalangan 370 isi
rumah menunjukkan bahawa Tanjong Malim sedang berkembang pesat untuk menjadi pusat petempatan yang paling
dominan di Daerah Batang Padang. Keputusan analisis Indeks Kepusatan menyokong penemuan ini. Analisis
menunjukkan fungsi-fungsi tradisional seperti penyediaan input pertanian, peniaga getah dan lain-lain aktiviti yang
berasaskan pertanian telah berkurangan tetapi fungsi penyediaan barangan dan perkhidmatan semakin meningkat,
menunjukkan perubahan peranan dari hanya menyediakan keperluan asas penduduk kepada menyediakan peluangpeluang
pekerjaan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan moden. Semua perubahan ini menjadi petunjuk jelas
bahawa dari segi fungsi, Tanjong Malim sedang menjalani proses transformasi pesat dan berada pada landasan yang
betul untuk muncul sebagai Pusat Pertumbuhan Separa Wilayah bagi Selatan Perak pada tahun 2020. |
---|