Penglibatan panel penilai dalam mengagregat nilai subjektif asas pangkat bagi menyelesaikan masalah berbilang kriteria. (Involvement of panel of evaluators in aggregating subjective rank-based values to solve multi-criteria problems)

Masalah berbilang kriteria merupakan satu masalah yang terdiri daripada satu kumpulan unit yang dinilai berasaskan beberapa kriteria tertentu. Keputusan terakhir yang dihajati ialah satu pangkat kedudukan unit yang dianalisis berasaskan prestasi keseluruhan masing-masing. Satu cara untuk mendapatkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Maznah Mat Kasim,, Abdul Aziz Jemain,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3589/1/12%2520Maznah.pdf
http://journalarticle.ukm.my/3589/
http://www.ukm.my/jsm/contents.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masalah berbilang kriteria merupakan satu masalah yang terdiri daripada satu kumpulan unit yang dinilai berasaskan beberapa kriteria tertentu. Keputusan terakhir yang dihajati ialah satu pangkat kedudukan unit yang dianalisis berasaskan prestasi keseluruhan masing-masing. Satu cara untuk mendapatkan prestasi keseluruhan setiap unit ialah dengan menggabungkan prestasi dan wajaran kriteria masing-masing melalui pelbagai kaedah pengagregatan. Kajian tertumpu kepada penerapan tiga kaedah asas pangkat dalam menilai kepentingan kriteria yang melibatkan satu panel penilai. Empat pendekatan pengagregatan berasaskan kaedah pemurataan tertib berpemberat dicadangkan untuk dimanfaatkan agar hasil akhir boleh dicapai. Setiap pendekatan pengagregatan yang dicadangkan diringi dengan contoh pengiraan.