Analisa kajian lapangan ke atas kecacatan pada bangunan masjid lama di Malaysia

Kertas kerja ini membentangkan hasil analisis kajian lapangan terhadap kajian kecacatan dan kerosakan bangunan khususnya bangunan masjid lama yang diperbuat daripada kayu. Dalam amalan pemuliharaan, adalah penting untuk mengetahui jenis-jenis kecacatan dan kerosakan bangunan bagi memastikan kerja pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Johar .S,, Ahmad .A.G,, Che-Ani .A.I,, Tawil .N.M,, Usman .I.M.S,
Format: Article
Published: Penerbit UKM 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3573/
http://www.ukm.my/jsb/jdb
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kertas kerja ini membentangkan hasil analisis kajian lapangan terhadap kajian kecacatan dan kerosakan bangunan khususnya bangunan masjid lama yang diperbuat daripada kayu. Dalam amalan pemuliharaan, adalah penting untuk mengetahui jenis-jenis kecacatan dan kerosakan bangunan bagi memastikan kerja pembaikan yang diambil bersesuaian dengan kehendak dan keadaan bangunan. Dalam kajian ini, sebanyak 84 buah masjid lama dengan seni bina vernakular telah diselidiki keadaan bangunan dan masalah kecacatan serta kerosakannya. Hasil yang didapati, bangunan masjid lama ini masih berkeadaan baik walaupun sesetengahnya telah melalui transformasi penggunaan bahan baru bagi mengekalkan penggunaannya. Usaha pemuliharaan dengan menggalakkan penyelenggaraan yang berkesan amat perlu ditekankan bagi memastikan bangunan lama ini dapat terus digunakan di samping mengekalkan kesinambungan seni bina di negara ini.