Profesionlisme dakwah: harapan dan cabaran

Kewajiban berdakwah bagi setiap individu muslim adalah jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah. Berdakwah dalam erti kata menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran. Namun dalam pengertian dakwah yang begitu luas terdapat juga pengertian yang lebih mengkhusus contohnya seruan dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Rugayah Hj. Tibek ,
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3421/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kewajiban berdakwah bagi setiap individu muslim adalah jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah. Berdakwah dalam erti kata menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran. Namun dalam pengertian dakwah yang begitu luas terdapat juga pengertian yang lebih mengkhusus contohnya seruan dan tanggungjawab menyebarkan Islam kepada non muslim, tanggungjawab menjelaskan syariat Islam, mencegah kemungkaran dan pelbagai lagi. Dalam suasana dan tuntutan ini dakwah perlu dilaksanakan dengan keupayaan, kemahiran dan kemampuan sebagai dai. Usaha untuk melaksanakan dakwah dengan lebih profesional perlu dipertingkatkan dengan memfokuskan beberapa perkara utama. Pertamanya pembinaan sahsiah, kemahiran para dai, penerajuan dan penyusunan organisasi dengan lebih sistematik. Pembinaan sahsiah adalah kemampuan dari aspek ilmu yang menjadi maudu' dakwah dan metod berdakwah. Permasalahan yang sering timbul ialah keseimbangan kemampuan ini sering dipertikai. Mereka yang menguasai kandungan atau maudu dakwah atau lebih jelasnya ilmu yang berkaitan dengan hukum hakam Islam tidak menguasai ilmu yang berkaitan dengan sokongan berdakwah sebagai contohnya, ilmu kornunikasi, kaunseling, pengurusan, bahasa dan sosiologi. Selain daripada itu para dai sering berdepan dengan cabaran dan kekangan persekitaran contohnya kekangan yang selalunya disifatkan sebagai menjaga keamanan, hak asasi manusia dan sebagainya. Pun begitu sewajarnya para ilmuan Islam mencari hala tuju dan melipatkan gandakan usaha untuk mencari dan berusaha ke arah profesinalisme dakwah agar kesinambungan dakwah yang dilakukan Rasulullah dapat diteruskan. Sesungguhnya profesionalisme dakwah bukanlah bam, ianya telah wujud di zaman Rasulullah dan para sahabat, tanggungjawab pendakwah kini ialah mengembalikannya dan menyelaraskan sesuai dengan zaman kini.