Inflasi pendidikan mengikut ketentuan dalam pasaran buruh Malaysia

Artikel ini menganggar pulangan terhadap inflasi pendidikan bagi pekerja dalam pasaran buruh sektor perkhidmatan terpilih di Malaysia. Dengan menggunakan data keratan rentas pekerja daripada kajian terbaru yang dijalankan dengan bantuan kewangan FRGS 2007-2008, analisis kajian ini membandingkan penc...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zulkifly Osman,, Ishak Yussof,, Abu Hassan Shaari Mohd Nor,
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2010
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3373/
http://www.ukm.my/penerbit/JEM/JEM-44-06-abstrak.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini menganggar pulangan terhadap inflasi pendidikan bagi pekerja dalam pasaran buruh sektor perkhidmatan terpilih di Malaysia. Dengan menggunakan data keratan rentas pekerja daripada kajian terbaru yang dijalankan dengan bantuan kewangan FRGS 2007-2008, analisis kajian ini membandingkan pencapaian pendidikan pekerja dengan keperluan kelayakan pekerjaan sebenar yang dilaporkan oleh pekerja bagi mendapatkan spesifikasi umum fungsi pendapatan. Hasil kajian menunjukkan bahawa dalam spesifikasi model pendapatan yang meliputi kemungkinan wujudnya ketakpadanan antara keperluan pekerjaan dengan kelayakan pendidikan yang berlebihan atau dipanggil ‘inflasi pendidikan’, kadar pulangan terhadap pendidikan ialah 13.8%. Penalti bagi setiap tahun inflasi pendidikan yang dialami pekerja dalam bentuk kadar pulangan pendidikan dianggarkan sebanyak –2.76 mata %an. Bagaimanpun, memandangkan pulangan bersih adalah masih positif, maka inflasi pendidikan belum boleh dianggap sebagai ‘lebihan pendidikan’. Kata kunci: modal manusia; inflasi pendidikan; lebihan pendidikan; terlebih didik; pengangguran siswazah