Pembangunan warisan di Malaysia : tinjauan umum tentang dasar
Makalah ini merupakan tinjauan awalan tentang dasar pembangunan warisan di Malaysia dengan memberi fokus terhadap penggubalan Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan penubuhan Jabatan Warisan Malaysia (2007). Kefahaman tentang kedudukan kedua-dua perkara ini penting sebelum seseorang itu melakukan peny...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
2010
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3031/1/01ADNAN_JUSOH.pdf http://journalarticle.ukm.my/3031/ http://www.ukm.my/e-melayu |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Makalah ini merupakan tinjauan awalan tentang dasar pembangunan warisan
di Malaysia dengan memberi fokus terhadap penggubalan Akta Warisan
Kebangsaan 2005 dan penubuhan Jabatan Warisan Malaysia (2007). Kefahaman
tentang kedudukan kedua-dua perkara ini penting sebelum seseorang itu
melakukan penyelidikan tentang perlindungan dan pemuliharaan warisan di
negara ini kerana merupakan elemen paling asas dalam bidang ini. Penghujahan
dalam makalah ini adalah diasaskan pengalaman dan pemerhatian secara
langsung terhadap senario yang berlaku pada hari ini. Dihujahkan bahawa
pewartaan Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada tahun 2005 merupakan salah
satu peristiwa penting dalam pembangunan warisan di negara ini. Ia menjadikan
skop usaha perlindungan dan pemuliharaan warisan negara lebih komprehensif
berbanding dengan masa-masa sebelum ini. Walau bagaimanapun, Akta ini
tidak disokong oleh jentera pelaksanaan yang berkesan. Malah, dihujahkan
penubuhan Jabatan Warisan Malaysia dan pengecilan fungsi Muzium Negara
(bersama bahagian-bahagian di bawahnya terutamanya Muzium dan Antikuiti)
telah membawa kesan kebalikan kerana wujud ‘perselisihan struktural’ yang
merugikan semua pihak kerana wujud jentera pelaksanaan yang berpecah-pecah,
tanpa penyelarasan antara sesebuah agensi dengan agensi lain. |
---|