Bioanalysis based on glutamate dehydrogenase/diaphorase system for ammonium determination (Bioanalisis berasaskan sistem glutamat dehidrogenase-diaporase untuk pengesanan ammonium)
Bioanalisis bagi pengesanan ammonium berdasarkan penggunaan sistem dua enzim Glutamat dehidrogenase-Diaporase (GLDH-Dph) dan reagen tiazolil biru tetrazolium bromida (MTT) diterangkan. Dalam kajian ini, GLDH memangkinkan tindak balas penukaran asid α-ketoglutarik membentuk L-glutamat dan kofaktor β-...
Saved in:
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/2937/1/09_Nur_Ellina.pdf http://journalarticle.ukm.my/2937/ http://www.ukm.my/jsm/contents.html |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Bioanalisis bagi pengesanan ammonium berdasarkan penggunaan sistem dua enzim Glutamat dehidrogenase-Diaporase (GLDH-Dph) dan reagen tiazolil biru tetrazolium bromida (MTT) diterangkan. Dalam kajian ini, GLDH memangkinkan tindak balas penukaran asid α-ketoglutarik membentuk L-glutamat dan kofaktor β-nikotinamida adenina dinukleotida (NADH) akan dioksidakan kepada NAD+ dengan kehadiran ammonium. Seterusnya, baki NADH yang tidak digunakan dioksidakan kepada NAD+ oleh Dph dan MTT dan diturunkan kepada formazan yang berwarna ungu. Keamatan formazan yang terbentuk dicerap menggunakan spektrofotometer pada panjang gelombang 563 nm. Bioanalisis ini memberikan rangsangan yang optimum bagi pengesanan ammonium pada pH larutan penimbal fosfat bersamaan 8, kepekatan GLDH, Dph dan reagen MTT pada 13.2 unit/mL, 1.17 unit/mL dan 0.2 mM, masing-masing. Bioanalisis ini memberikan rangsangan linear terhadap ammonium dalam julat kepekatan 3 - 50 μM dengan had pengesanan 1 μM. |
---|