Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan: Analisis geografi pilihan raya

Geografi pilihan raya adalah kajian aspek ruangan organisasi manusia dan keputusan pilihan raya. Subjek kajian yang utama adalah manusia dan interaksinya dengan proses pengundian. Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Gua Musang, Kelantan diadakan pada 27 September...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Junaidi Awang Besar,, Mohd Fuad Mat Jali,, Mohd Faidz Mohd Zain,
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2822/1/junaidi012.pdf
http://journalarticle.ukm.my/2822/
http://www.ukm.my/e-bangi
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Geografi pilihan raya adalah kajian aspek ruangan organisasi manusia dan keputusan pilihan raya. Subjek kajian yang utama adalah manusia dan interaksinya dengan proses pengundian. Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Gua Musang, Kelantan diadakan pada 27 September 2010. DUN ini tidak pernah dimenangi oleh PAS kecuali pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 yang sinonim dengan fenomena ‘tsunami’ politik negara. Adalah tujuan artikel ini untuk menganalisis PRK DUN Galas dari aspek isu dan strategi kempen; politik pembangunan; pola pengundian, etnik dan faktor kemenangan. Dalam PRK ini, calon BN, Abdul Aziz Yusoff menewaskan calon PAS/Pakatan Rakyat, dengan majoriti 1,190 undi. Berdasarkan pemerhatian dan temubual di lapangan, isu negeri dan nasional seperti isu tuntutan royalti minyak, kenaikan harga petrol, pembinaan Menara Warisan dan kes perbicaraan salah laku Ketua Pembangkang, tidak mempengaruhi pilihan politik pengundi di kawasan ini. Sebaliknya, isu setempat seperti hak milik tanah; perumahan; pembangunan infrastruktur setempat; penerokaan tanah; pencemaran; perubahan landskap alam sekitar Lojing dan pemaparan janji-janji pembangunan yang sedang dan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat telah memberi kelebihan kepada BN untuk menjuarai ‘isu-isu rakyat’ di Galas. Faktor kemenangan juga dikaitkan dengan kepemimpinan Pengarah Pilihan Raya DUN Galas iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan keberkesanan strategi kempen bersemuka dengan pengundi. Dari segi pola pengundian pula menunjukkan peningkatan jumlah undi yang diterima oleh calon BN bagi kesemua lokasi dan etnik.