Psikologi Islam: suatu pendekatan psikometrik remaja berisiko

Secara teoritikal mahupun falsafah, psikologi Islam telahpun berkembang seiring dengan tuntutan Islamisasi ilmu. Namun untuk memperjuangkan psikologi Islam sebagai salah satu disiplin ilmu yang diakui, masih jauh dari kenyataan. Tentangan dan harapan ini memerlukan suatu paradigma dan epistemologi k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Khaidzir Hj. Ismail,, Khairil Anwar,
Format: Article
Language:English
Published: Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2656/1/jaidzir011.pdf
http://journalarticle.ukm.my/2656/
http://www.ukm.my/e-bangi
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Secara teoritikal mahupun falsafah, psikologi Islam telahpun berkembang seiring dengan tuntutan Islamisasi ilmu. Namun untuk memperjuangkan psikologi Islam sebagai salah satu disiplin ilmu yang diakui, masih jauh dari kenyataan. Tentangan dan harapan ini memerlukan suatu paradigma dan epistemologi khas yang mengarah kepada konseptualisasi dan pengukuran (psikometrik). Dalam konteks sejarah pula, psikologi baru diakui sebagi suatu ilmu berasaskan verifikasi pengukuran kuantitatif, sebagaimana yang dipelopori oleh Wilhelm Wundt dengan strukturalismenya. Oleh itu artikel ini cuba menawarkan konsep epistemologi pengukuran dalam psikologi Islam dengan cara mentransformasikan ideologi, budaya dan sosial yang berasaskan Al-Qur‟an dan Hadits untuk membentuk konstruk dan indikator-indikator sesebuah pengukuran yang dibina menurut kaedah psikometrik yang sedia ada. Konsep mental-kognitif sebagai bentuk cara berfikir berteraskan Islam telahpun dibina dengan pendekatan tawaran epistemologi dimana pengukuran ini telah ditadbir kepada remaja bermasalah di pusat-pusat pemulihan seramai 472 orang pada bulan april 2009 di pusat pemulihan Terengganu, Kelantan, Melaka dan Perak, Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Hasil kajian menunjukkan tahap mental-kognitif remaja tersebut adalah pada tahap yang rendah. Manakala dari segi reliabiliti dan validiti memperlihatkan indeks yang baik. Diharapkan hasil kajian ini dapat menyumbang kepada berkembangan pembinaan alat pengukuran dan modul-modul intervensi psikologi yang berteraskan Islam untuk remaja berisiko