Kesan penambahan protein soya terhadap pengerasan & kekuatan mampatan simen brushit-HA

Kajian ini meliputi penyediaan simen kalsium fosfat yang terdiri daripada campuran serbuk brushit (DCPD) dan hidroksiapatit (HA) yang dihasilkan secara sintesis dalam makmal. Larutan penimbal digunakan sebagai fasa cecair dan dicampurkan dengan campuran serbuk DCPD dan HA bagi menghasilkan simen tul...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Hafiz Jumal,, Roslinda Shamsudin,, Mohd Reusmaazran Yusoff,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2615/1/13_Mohd_Hafiz_Jumal.pdf
http://journalarticle.ukm.my/2615/
http://www.ukm.my/jsm/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini meliputi penyediaan simen kalsium fosfat yang terdiri daripada campuran serbuk brushit (DCPD) dan hidroksiapatit (HA) yang dihasilkan secara sintesis dalam makmal. Larutan penimbal digunakan sebagai fasa cecair dan dicampurkan dengan campuran serbuk DCPD dan HA bagi menghasilkan simen tulang secara in situ dengan nisbah cecair kepada serbuk (L/P) antara 0.26 – 0.36 mL g-1. Sodium alginat dan protein soya ditambahkan ke dalam simen kalsium fosfat dan dikaji kesannya terhadap simen yang dihasilkan. Keputusan kajian menunjukkan simen kalsium fosfat dapat dihasilkan pada nisbah L/P 0.32 mL g-1 dengan penambahan 1%bt sodium alginat dan 1%bt protein soya dengan kebolehsuntikan yang maksimum (100%) dan tempoh pengerasan selama 26 min. Penambahan protein soya juga telah meningkatkan kekuatan mampatan simen tulang daripada 2.90 MPa (tanpa protein) kepada 3.98 MPa pada 1.5%bt protein. Simen kalsium fosfat-protein soya yang dihasilkan juga menunjukkan sifat kebioaktifan. Pertumbuhan apatit berlaku pada hari ke-3 selepas rendaman di dalam larutan simulasi badan (SBF) dan membesar dengan perlanjutan tempoh rendaman.