Kubur kepingan batu di Lembah Bernam

Kubur kepingan batu merupakan antara tinggalan masyarakat prasejarah Zaman Logam yang agak unik di Malaysia kerana taburan penemuannya hanya boleh dilihat di utara Selangor dan selatan Perak sahaja. Antara pengkaji yang meneliti kebudayaan ini adalah seperti I.H.N Evans, H.D. Collings, P.V.S....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhamad Shafiq Mohd Ali,, Yunus Sauman,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24778/1/Arkeologi_37_2_2.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24778/
https://arkeologimalaysia.org.my/jurnalarkeologi/index.php/jurnalarkeologi/issue/view/47
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kubur kepingan batu merupakan antara tinggalan masyarakat prasejarah Zaman Logam yang agak unik di Malaysia kerana taburan penemuannya hanya boleh dilihat di utara Selangor dan selatan Perak sahaja. Antara pengkaji yang meneliti kebudayaan ini adalah seperti I.H.N Evans, H.D. Collings, P.V.S. Callenfels, Leong Sau Heng dan Yunus Sauman. Berdasarkan pentarikhan mutlak yang telah dilakukan terhadap tapak kubur kepingan batu ini mendapati bahawa tapak-tapak ini telah dihuni sejak seawal 300 SM sehinggalah 700 M. Antara artifak yang ditemui sewaktu kajian arkeologi dilakukan adalah seperti kepingan batuan granit yang dijadikan seperti keranda, serpihan tembikar tanah, manik karnelian berbentuk spherical, batu pemukul kulit kayu, serpihan gangsa yang mempunyai pola hias, alat batu, bilah mata pisau, mata lembing, kapak bersoket, mata tombak bersoket, damar terbakar yang menjadi kemenyan dan juga seramik zaman Tang. Makalah ini melihat semula kajian-kajian lampau yang telah dilakukan oleh pengkaji awal bagi melihat peranan masyarakat yang mengamalkan kebudayaan kubur kepingan batu yang telah mengisi data dan maklumat sejarah dalam Semenanjung Malaysia. Masih banyak kajian terhadap kubur kepingan batu yang boleh dilakukan oleh pengkaji-pengkaji kini atau akan dating supaya dapat memberi kepastian terhadap beberapa maklumat yang masih kabur dan perlu didapatkan kepastian.