Ujian ricih terus permukaan satah ketakselanjaran granit (Direct shear test of granite discontinuity plane surfaces)

Parameter kekuatan ricih seperti sudut geseran permukaan ketakselanjaran batuan merupakan antara data penting bagi reka bentuk struktur kejuruteraan batuan seperti pengorekan bawah tanah dan cerun potongan. Ujian ricih terus beban normal tetap telah dilakukan pada permukaan buatan potongan gergaji b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Goh .T.L,, Ghani .A Rafek,, Hariri .M Ariffin,, Baizura .N Yunus,
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/2473/1/02_T.L._Goh.pdf
http://journalarticle.ukm.my/2473/
http://www.ukm.my/jsm/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Parameter kekuatan ricih seperti sudut geseran permukaan ketakselanjaran batuan merupakan antara data penting bagi reka bentuk struktur kejuruteraan batuan seperti pengorekan bawah tanah dan cerun potongan. Ujian ricih terus beban normal tetap telah dilakukan pada permukaan buatan potongan gergaji batuan granit segar dan terluluhawa sedikit untuk menentukan sudut geseran asas permukaan satah ketakselanjaran. Sampel granit diperoleh dari Kuari Kajang Rock, Semenyih, Ulu Langat, Selangor, Lebuhraya Silk Kajang (km 14.6), Selangor, Jalan Pos Selim-Kampung Raja (km 30-29), Cameron Highland, Pahang/Perak dan Kuari JKR Bukit Penggorak, Kuantan, Pahang. Sebanyak 84 ujian ricih terus telah dijalankan pada batuan granit iaitu 65 ujian pada batuan segar dan 19 ujian pada batuan terluluhawa sedikit. Untuk batuan granit segar, sudut geseran asas ialah 42° ± 0.6° dengan sisihan piawai sebanyak 2.26 dan pekali penentuan, R2 sebanyak 0.98. Untuk granit terluluhawa sedikit, sudut geseran asas ialah 38° ± 1.9° dengan sisihan piawai sebanyak 3.99 dan pekali penentuan, R2 sebanyak 0.97. Nilai-nilai ini adalah lebih tinggi daripada nilai yang selalu dianggap untuk batuan granit segar iaitu 30°-35°.