Dialek Melayu Patani: tinjauan literatur bersistematik
Dialek Melayu Patani merupakan salah satu dialek Melayu yang dituturkan di Selatan Thailand. Penyebaran dialek ini adalah di sekitar wilayah Narathiwat, Yala, Patani dan juga sebahagian daripada Songkhla. Berdasarkan beberapa kajian mengenai dialek Melayu Patani yang telah dibincangkan oleh penyelid...
Saved in:
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2024
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/24572/1/JMM%205.pdf http://journalarticle.ukm.my/24572/ https://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1705 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Dialek Melayu Patani merupakan salah satu dialek Melayu yang dituturkan di Selatan Thailand. Penyebaran dialek ini adalah di sekitar wilayah Narathiwat, Yala, Patani dan juga sebahagian daripada Songkhla. Berdasarkan beberapa kajian mengenai dialek Melayu Patani yang telah dibincangkan oleh penyelidik terdahulu, dapatlah ditegaskan bahawa belum ada lagi mana-mana penyelidik yang cuba untuk menyusun dan melakukan tinjauan literatur bersistematik (SLR) dalam dialek Melayu Patani. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk menulis satu tinjauan literatur bersistematik ke atas kajian lepas khususnya yang berkaitan dengan dialek Melayu Patani. Bentuk penelitian yang diterapkan dalam kajian ini ialah metode kualitatif berdasarkan model PRISMA. Strategi pencarian sistematik dapat dibahagikan kepada tiga subbahagian iaitu pengenalpastian (identification), penapisan (screening) dan kelayakan (eligibility). Seterusnya, proses pencarian artikel dilakukan di tiga pangkalan data utama iaitu Scopus, Dimensions dan Google Scholar. Terdapat sebanyak 15 artikel yang telah berjaya memenuhi kriteria yang ditetapkan dan telah disertakan dalam artikel ini untuk dianalisis dapatannya. Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa tinjauan literatur bersistematik (SLR) menghasilkan dua tema utama iaitu kajian asas linguistik dan kajian aplikasi linguistik serta menghasilkan lapan subtema. Melalui kajian ini, penyelidik sangat berharap agar ia dapat memberi manfaat, sumbangan penting serta menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam bidang linguistik Melayu, khususnya dalam bidang dialektologi. |
---|