Sudut pandangan dalam 7 Hari Mencintaiku: Analisis Stilistik

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis sudut pandangan pengarang dalam karya sastera moden. Teks yang dikaji ialah novel 7 Hari Mencintaiku oleh Siti Rosmizah. Makalah ini tertumpu kepada 138 bab keseluruhan. Kajian ini meneliti unsur modaliti yang digunakan pengarang untuk menggambarkan sudut pand...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Atiqah Nor Azman,, Mohammad Fadzeli Jaafar,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24513/1/69%20%E2%80%93%2082%2078682-259941-1-PB%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24513/
http://ejournal.ukm.my/jatma/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis sudut pandangan pengarang dalam karya sastera moden. Teks yang dikaji ialah novel 7 Hari Mencintaiku oleh Siti Rosmizah. Makalah ini tertumpu kepada 138 bab keseluruhan. Kajian ini meneliti unsur modaliti yang digunakan pengarang untuk menggambarkan sudut pandangan ketiga serba tahu. Modul tatabahasa sudut pandangan Paul Simpson (1993) digunakan dalam mengkategorikan bentuk-bentuk modaliti yang dikenal pasti dalam teks kajian. Hasil kajian menemukan sejumlah 168 penggunaan bentuk modaliti yang terdiri daripada empat jenis modaliti, iaitu modaliti epistemik, modaliti keinginan, modaliti deontik dan modaliti persepsi. Modaliti epistemik menguasai pemilihan bentuk modaliti iaitu sebanyak 142 penggunaan, iaitu 60 modal kata bantu dan 82 modal kata kerja leksikal. Pengarang menggunakan leksikal tahu, yakin, dan pasti untuk kata kerja leksikal ragaman epistemik dan leksikal mungkin, akan, patut dan dapat untuk kata bantu ragaman secara produktif dalam memperlihatkan sudut pandangan ketiga serba tahu. Kesemua modaliti yang digunakan dalam karya ini menggambarkan pengarang berkeupayaan mengakses pemikiran dan perasaan watak secara bebas pada bila-bila masa. Dapatan kajian ini memberi gambaran tentang gaya pengarang Melayu yang cenderung menggunakan modaliti yang merepresentasikan kepastian dan ketidakpastian watak terhadap pengetahuan yang dimiliki oleh pengarang serba tahu. Selain itu, pengkajian sudut pandangan melalui unsur modaliti berupaya memperlihatkan bagaimana modaliti digunakan oleh pengarang dalam menunjukkan sikapnya terhadap pendapat dan kebenaran dalam peristiwa naratif. Kajian ini telah menyumbang tentang kajian sudut pandangan dalam teks sastera Melayu dari sudut stilistik.