Impak latihan di tempat kerja terhadap upah pekerja warga emas

Artikel ini mengkaji impak latihan di tempat kerja (OJT) terhadap upah pekerja warga emas di Malaysia, dengan memberikan tumpuan kepada perbezaan upah antara pekerja terlatih dengan pekerja tidak terlatih di kawasan Lembah Klang. Data dikutip menerusi kajian tinjauan bermula April sehingga Julai 202...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ravikumar Suppiah,, Hazrul Izuan Shahiri,, Wye, Chung Khain, Mohd Nasir Mohd Saukani,
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2024
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/24429/1/JM_4.pdf
http://journalarticle.ukm.my/24429/
http://dx.doi.org/10.17576/JEM-2024-5802-4
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini mengkaji impak latihan di tempat kerja (OJT) terhadap upah pekerja warga emas di Malaysia, dengan memberikan tumpuan kepada perbezaan upah antara pekerja terlatih dengan pekerja tidak terlatih di kawasan Lembah Klang. Data dikutip menerusi kajian tinjauan bermula April sehingga Julai 2023, melibatkan 162 pekerja berusia 60 hingga 74 tahun dari sektor awam dan swasta menggunakan analisis regresi dua peringkat. Hasil kajian mendapati bahawa walaupun OJT tidak memberikan impak yang signifikan secara keseluruhan terhadap upah pekerja warga emas, ia mempunyai impak positif yang ketara terhadap mereka yang berpendidikan tinggi, mahir, dan bekerja sepenuh masa. Penemuan ini, bersama dengan teori modal manusia, menekankan tentang kepentingan pelaburan awal terhadap modal manusia untuk membuka peluang latihan dan upah yang lebih baik dalam ketika hari tua. Untuk mempromosikan tenaga kerja warga emas yang mahir dan memastikan bahawa warga emas terus menjadi penyumbang aktif kepada tenaga kerja, pembuat dasar dan majikan perlu memberikan keutamaan kepada pembangunan strategi OJT yang komprehensif, khususnya terhadap persekitaran kerja pasca-persaraan.